OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

'Malam Rawan' Menanti Peminat Setia Rizky Febian di Zepp KL November ini

'Malam Rawan' Menanti Peminat Setia Rizky Febian di Zepp KL November ini
← Back to News
Penyanyi dan pencipta lagu terkenal Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali mengubat rindu peminat setianya di Malaysia menerusi konsert bertajuk “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 29 November ini. Konsert berprestij ini dibawakan khas oleh Kumho International, dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia, serta disokong oleh Rifelous Malaysia sebagai rakan rasmi. 'Malam Rawan' Menanti Peminat Setia Rizky Febian di Zepp KL November ini Penyanyi yang terkenal dengan halwa telinga berjiwa besar menerusi deretan lagu hits seperti “Kesempurnaan Cinta”, “Penantian Berharga”, “Cuek”, dan “Hingga Tua Bersama” itu meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi di ibu negara.“ Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya. Kali ini, saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi meninggalkan kenangan mendalam buat semua yang hadir,” katanya. Melalui konsep “Malam Rawan”, penonton bakal dibawa menyelami sisi emosi dan perjalanan seni Rizky menerusi persembahan vokal bertenaga serta susunan melodi romantik yang dekat dengan jiwa peminat serantau. 'Malam Rawan' Menanti Peminat Setia Rizky Febian di Zepp KL November ini Tiket konsert sudah mula dijual dengan harga bermula daripada RM228 bagi kategori Standing (CAT 1), manakala tiket tempat duduk bernombor masing-masing diletakkan pada harga RM248 (CAT 2 - Premium Seat) dan RM238 (CAT 3 - Normal Seat). Tiket boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/cd?id=52284&t=1