Magis Ari Lesmana Masih Berbisa, Perkenal Enau Kepada 1,800 Penonton Di Zepp KL
Keupayaan menyampaikan emosi menerusi muzik dan lirik puitis membuktikan magis penyanyi Indonesia, Ari Lesmana, masih berbisa apabila berjaya menghiburkan lebih 1,800 penonton menerusi konsert MANGU di Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur, semalam.
Dianjurkan oleh Rockstage Entertainment, konsert itu bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya sebuah perjalanan emosi yang membawa peminat merasakan pelbagai suasana daripada tenang, rindu, kecewa hingga ke detik bahagia.
Membuka tirai persembahan dengan lagu What A Wonderful World, vokalis kumpulan Fourtwnty itu meneruskan persembahan menerusi deretan lagu popular seperti Ada Titik-Titik Diujung Doa, Hitam Putih, Menghitung Hari 2, Pupus, dan Runtuh.
Kehadiran artis jemputan dari Indonesia, ENAU, yang juga adik kandung kepada Ari Lesmana, turut menjadi daya tarikan utama apabila diperkenalkan buat pertama kali di hadapan peminat tempatan.
Tampil bersahaja dengan lirik yang bermakna, ENAU menjadi penghubung muzik indie antara Malaysia dan Indonesia, selari dengan konsep MANGU yang mengutamakan kejujuran dalam berkarya.
Suasana konsert menjadi lebih tersentuh apabila pasangan adik-beradik itu menyanyikan lagu duet baharu mereka bertajuk Sesi Potret. Persembahan lagu itu yang membawa mesej kekeluargaan berjaya menyentuh perasaan penonton yang hadir.
Ari turut mengamatkan suasana apabila membawakan lagu Pagi Yang Gelap nyanyian asal kumpulan Hujan, sebelum meneruskan persembahan dengan lagu Everything You Are, Zona Nyaman, dan Aku Tenang.
Konsert itu juga menampilkan kelainan menerusi kolaborasi Ari bersama DJ Firza. Gabungan vokal puitis Ari dan muzik elektronik DJ Firza menghasilkan muzik moden indie-elektronik yang menyegarkan tanpa merosakkan identiti asal lagunya.
Pada bahagian akhir konsert, Ari meneruskan persembahan dengan lagu Angin Kencang, Fana Merah Jambu, Aku Harus sebelum mengakhirinya dengan lagu utama, Mangu dan Cincin dipilih sebagai encore.