OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Maestro Maurice Steger Pimpin 'Nature Concerti' Bersama MPO September Ini

Maestro Maurice Steger Pimpin 'Nature Concerti' Bersama MPO September Ini
← Back to News
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bakal menyaksikan gabungan unik muzik era Barok menerusi persembahan Maurice Steger’s Nature Concerti by MPO yang dipimpin oleh maestro antarabangsa terkemuka, Maurice Steger, pada 12 September ini. Persembahan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.00 malam itu menjanjikan pengalaman muzikal yang berbeza apabila menampilkan tujuh karya ciptaan empat komposer terkenal yang diilhamkan daripada keindahan alam semulajadi. MPO dalam satu kenyataan memaklumkan, keunikan persembahan kali ini terletak pada kebolehan karya-karya berkenaan meniru bunyi habitat liar dan haiwan secara teliti menerusi instrumen muzik. Maestro Maurice Steger Pimpin 'Nature Concerti' Bersama MPO September Ini Antara karya yang bakal dipersembahkan termasuk Sinfonia in G - “Cricket Symphony” dan Violin Concerto in A - “The Frogs” gubahan Telemann yang menggambarkan alam serangga serta amfibia, selain Flute Concerto in G minor dan English Nightingale gubahan Vivaldi serta Van Eyck yang mengimbau suasana malam dan siulan burung. Turut menyerikan program malam berkenaan ialah karya Flute Concerto in D oleh Vivaldi yang meniru siulan burung goldfinch, serta gubahan moden Fairy Tale Pictures karya Schacher yang diperdanakan pada 2016 khusus buat instrumen reka bentuk khas, recorder. Maestro Maurice Steger Pimpin 'Nature Concerti' Bersama MPO September Ini Menariknya, Steger bukan sahaja bertindak selaku konduktor bagi memimpin MPO di atas pentas DFP, malah beliau turut memainkan peranan ganda sebagai solois bagi instrumen recorder. Steger, yang terkenal dengan pembabitannya bersama orkestra terkemuka dunia seperti Frankfurt and Spanish Radio Symphonies dan Zurich Chamber Orchestra, turut aktif dalam jaringan persembahan rentas budaya di Eropah dan Asia. Orang ramai dan pencinta muzik klasik yang ingin menyaksikan konsert mesra penonton baharu ini boleh mendapatkan tiket bermula pada harga RM149 (Kategori C) hingga RM399 bagi kategori Suite, menerusi tempahan dalam talian di laman web rasmi mpo.com.my atau menghubungi Kaunter Tiket DFP di talian 03-23317007.