Lovebites 'Outstanding Tour' Gegar Zepp KL 4 Oktober Ini
Kumpulan heavy metal wanita terkenal dari Tokyo, Jepun, Lovebites, disahkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi siri jelajah Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur pada 4 Oktober depan.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur itu dibawakan khas oleh penganjur acara tempatan, Rockstage Entertainment.
Pengarah Rockstage Entertainment, Talib Othman berkata, membawa kumpulan virtuoso itu ke ibu negara merupakan rancangan jangka panjang yang diatur bagi memenuhi permintaan tinggi dan konsisten daripada komuniti peminat muzik metal tempatan.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami menerima banyak permintaan untuk membawa Lovebites ke Malaysia. Mereka bukan sekadar kumpulan metal wanita biasa, sebaliknya sebuah fenomena global yang mempunyai pengaruh dan kelompok peminat setia tersendiri di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Talib, pihak penganjur kini sedang memperincikan persiapan pengeluaran (produksi) berskala penuh bagi memastikan kualiti audio serta sistem pencahayaan berada pada tahap terbaik demi memberikan pengalaman visual yang maksimum setaraf siri jelajah mereka di Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat.
Beliau turut menyifatkan penganjuran konsert itu sebagai pengiktirafan buat Malaysia yang kini semakin mendapat perhatian penganjur antarabangsa sebagai destinasi wajib bagi siri jelajah artis rock dan metal dunia.
Ditubuhkan pada 2016, kumpulan yang dianggotai oleh Asami (vokal), Midori (gitar), Miyako (gitar/keyboard), Fami (bass), dan Haruna (dram) ini terkenal dengan keupayaan teknikal tinggi dalam genre power metal, speed metal, dan melodic metal.
Sepanjang hampir sedekad bertapak dalam industri, mereka pernah merangkul anugerah "Best New Band" di Metal Hammer Golden Gods Awards di United Kingdom serta pernah menggegarkan pentas festival metal terbesar dunia seperti Wacken Open Air dan Download Festival.
Bagi persembahan di Kuala Lumpur, penonton bakal disajikan dengan seleksi lagu popular yang sering menjadi kemuncak konsert mereka termasuk Holy War, When Destinies Align, The Hammer of Wrath, Shadowmaker, dan Judgement Day.
Tiket berharga RM285 (Cat1) hingga RM550 (RSE BOX) boleh didapati secara dalam talian menerusi platform MyTicket Empire: https://www.myticketempire.com/lovebiteskl