OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Limp Bizkit Sah Bakal Adakan Konsert Pertama di Malaysia

Limp Bizkit Sah Bakal Adakan Konsert Pertama di Malaysia
← Back to News
Kumpulan rock alternatif dan nu-metal ikonik dari Amerika Syarikat, Limp Bizkit, disahkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 9 Disember depan. Penganjur konsert, Hitman Solutions dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Kuala Lumpur dipilih sebagai satu-satunya destinasi persinggahan bagi kumpulan tersebut di rantau Asia untuk tahun 2026. Konsert yang dinamakan 'Limp Bizkit Live in Malaysia - One-Stop Asia Show' itu dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Limp Bizkit Sah Bakal Adakan Konsert Pertama di Malaysia Ketua Projek Khas Hitman Solutions, Keeran D berkata, pemilihan Malaysia sebagai lokasi tunggal di Asia menjadikan konsert ini sangat eksklusif dan dijangka menarik kehadiran peminat tegar dari seluruh rantau ini. "Kami bangga dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi tumpuan bagi peminat dari seluruh Asia untuk berkumpul dan menyaksikan sebuah kumpulan yang benar-benar ikonik membuat persembahan secara langsung," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal menyifatkan penganjuran ini sebagai satu pencapaian besar memandangkan peminat di negara ini telah menantikan kehadiran kumpulan tersebut selama lebih tiga dekad. Limp Bizkit Sah Bakal Adakan Konsert Pertama di Malaysia Ditubuhkan pada lewat 1990-an di Florida, Limp Bizkit yang diketuai vokalis Fred Durst terkenal dengan deretan lagu hits global seperti "Rollin’", "My Way", dan "Break Stuff" yang menggabungkan elemen hard rock serta hip-hop. Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan akan mula dijual pada 30 Jun ini bermula jam 12 tengah hari menerusi laman web rasmi penganjur di www.hitmanlive.com dengan harga bermula RM398 hingga RM786.