Latihan Pestapora Malaysia Umum Ruffedge & Lah Ahmad, Tipe-X, Dj Disko Santan & Last Child
Festival muzik rentas budaya, Latihan Pestapora Malaysia melengkapkan barisan artis Fasa 2 menerusi penyertaan lima nama besar industri muzik tempatan dan Indonesia menjelang penganjurannya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.
Penganjur acara, Hitman Solutions bersama Boss Creator dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Fasa 2 menampilkan ikon R&B tanah air Ruffedge dan Lah Ahmad, selain kumpulan ikonik ska Indonesia Tipe-X, band popular Last Child, serta variasi irama daripada DJ Disko Santan & Friends.
Pengumuman terbaharu itu melengkapkan persembahan 15 artis serumpun yang bakal menyajikan hiburan muzik tanpa henti selama 12 jam buat peminat di Malaysia.
"Festival ini dibawakan khas untuk meraikan kepelbagaian muzik, budaya dan semangat serumpun. Selain persembahan pentas, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif serta pilihan sajian makanan sepanjang acara berlangsung," menurut kenyataan itu.
Bagi memastikan keselesaan para penonton, penganjur turut menyediakan satu botol air mineral percuma di pintu masuk serta stesen isian semula air (free refillable water) di sekitar lokasi acara.
Dalam pada itu, jualan tiket kini memasuki kategori General Admission Phase 2 pada harga RM249 dan penganjur turut memperkenalkan "Bundle Pesta" yang menawarkan satu tiket percuma bagi setiap pembelian empat tiket General Admission.
Tiket boleh dibeli di laman web https://www.latihanpestaporamalaysia.com/