OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Kris Dayanti, Hindia & Pamungkas Antara 19 Nama Besar Berentap di Pentas Ultra Kalcer Malaysia

Kris Dayanti, Hindia & Pamungkas Antara 19 Nama Besar Berentap di Pentas Ultra Kalcer Malaysia
← Back to News
Festival muzik serumpun, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menjadi tumpuan peminat seni tanah air apabila menggabungkan seramai 19 penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia untuk beraksi di KL Festival Park pada 7 dan 8 November ini. Anjuran Neptunes Presents, festival ini menampilkan barisan nama besar dari seberang termasuklah diva tersohor Kris Dayanti, Naykilla, Barasuara, Biru Baru, Pamungkas, Sal Priadi, Danilla, Good Morning Everyone, Lomba Sihir, Rumah Sakit, Hindia, serta pasangan duet Romantic Echoes & The Moonlight Knights. Kris Dayanti, Hindia & Pamungkas Antara 19 Nama Besar Berentap di Pentas Ultra Kalcer Malaysia Sementara itu, arena muzik tempatan selaku tuan rumah turut diperkasakan dengan kemunculan kumpulan dan artis popular seperti Okirama, Dukes, The Alif, Belia Benci Club, Citykops, dan Rangkaian Fugo. Jurucakap penganjur yang juga aktres terkenal, Nabila Huda Suhaimi berkata, pihaknya berbangga kerana berjaya menghimpunkan barisan artis terbaik yang lagu-lagunya kini menduduki carta teratas serta mempunyai kelompok peminat yang kukuh di kedua-dua negara. "Pasukan kreatif produksi bertungkus-lumus mendapatkan barisan penyanyi hebat ini bagi menjayakan festival. Setiap daripada mereka kini sedang giat melakukan persiapan demi mengentalkan persembahan paling hebat buat pengunjung," katanya pada sidang media rasmi Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur, hari ini. Kris Dayanti, Hindia & Pamungkas Antara 19 Nama Besar Berentap di Pentas Ultra Kalcer Malaysia Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Neptunes Presents, Mohd Izwan Johar; Ketua Pegawai Operasi, Fizzany Adnan; dan Pengarah Projek, Shamil Yusof. Mengulas mengenai pemilihan lokasi, Nabila menjelaskan bahawa KL Festival Park dipilih kerana kedudukannya yang strategik serta berupaya memberikan keselesaan optimum kepada lebih 20,000 penonton dalam satu masa. Jualan tiket dengan harga mampu milik telah bermula sejak 4 September lalu dan boleh didapati secara rasmi menerusi laman web www.bbo.events.com.