OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini

Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini
← Back to News
Kumpulan nasyid legenda tempatan, The Rayhan, bersedia memberikan persembahan luar biasa menerusi Konsert Syukur 26 yang dijadualkan berlangsung di MegaStar Arena, Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini. Konsert bertemakan "Simfoni Merentas Zaman" itu bakal menyaksikan kemunculan semula barisan bekas anggota asal Raihan seperti Ustaz Nazrey Johani, Afad, dan Amran, di samping gandingan unik bersama penyanyi rap terkenal M.K dan Noki daripada kumpulan K-Clique, serta penyanyi nasyid tersohor Indonesia, Opick. Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini Wakil kumpulan, Ustaz Nazrey Johani berkata penundaan tarikh konsert yang sepatutnya diadakan pertengahan Ogos ini memberikan ruang latihan yang lebih sempurna dan keselesaan buat artis serta barisan pemuzik veteran yang terlibat. "Persediaan dari segi latihan memerlukan masa yang lebih banyak memandangkan jadual kami agak padat sebelum ini. Sudah 20 tahun saya tidak beraksi di pentas konsert berskala besar, jadi kami memerlukan persiapan yang lebih rapi untuk memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya pada majlis doa selamat dan sidang media berkenaan konsert itu di Top G Coffee & Cafe, Publika, di sini. Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini Mengulas lanjut, Nazrey berkata penangguhan itu juga membolehkan pihak penganjur menyusun pelbagai kejutan dan "buah tangan" khas daripada pihak penaja untuk diberikan kepada pembeli tiket. Sementara itu, wakil penganjur Bintang Batu Events, Ikhram Zainuddin memberitahu bahawa status jualan tiket setakat ini sangat memberangsangkan dengan lebih 50 peratus daripada 4,600 kapasiti tempat duduk di MegaStar Arena sudah terjual. Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini "Hampir 90 peratus pemuzik yang menjayakan konsert ini merupakan barisan pemuzik asal Raihan, termasuk pakar perkusi Steve Thornton. Faktor latihan vokal, gubahan muzik, serta susunan jadual penganjuran turut menjadi sebab kita memilih tarikh baharu ini supaya semua pihak dapat memberikan persembahan maksimum," jelasnya. Menurut Ikhram, pembeli tiket sedia ada tidak perlu bimbang kerana kedudukan tempat duduk dan nombor tiket kekal sama menerusi platform UberTiket, manakala sistem naik taraf tiket (upgrade) turut dibuka bagi mereka yang berminat. Konsert Syukur 26: The Rayhan Bawakan M.K, Noki Dan Opick Di MegaStar Arena 31 Oktober Ini Konsert anjuran Bintang Batu Events bersama Magnificent G Ventures itu dijadualkan bermula jam 8:45 malam, 31 Oktober ini dengan mempersembahkan 20 hingga 30 lagu popular Raihan menerusi susunan muzik baharu yang lebih segar. Harga tiket bermula RM239 boleh didapati di https://rayhan.ubertickets.asia/