OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert MCR, Evanescence Di KL Imbau Memori Peminat Muzik Emo

Konsert MCR, Evanescence Di KL Imbau Memori Peminat Muzik Emo
← Back to News
Mengimbau semula zaman remaja yang penuh dengan melodi melankolik, Kuala Lumpur bakal menyaksikan kehadiran dua nama besar industri muzik antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence, dalam siri persembahan berskala besar November ini. ​Dianjurkan oleh Hello Universe, siri konsert berkenaan dijadualkan berlangsung sepanjang bulan November dengan menampilkan tarikh eksklusif bagi kedua-dua kumpulan legenda berkenaan. Kumpulan ikonik rock alternatif MCR bakal menggegarkan ibu negara selama dua malam berturut-turut pada 19 dan 20 November, disusuli dengan persembahan bertenaga daripada pelopor gothic rock, Evanescence pada 28 November. ​Kehadiran dua nama besar ini bukan sahaja menjadi platform buat peminat tegar muzik 'Emo' dan 'Gothic' tempatan untuk berkumpul, malah ia disifatkan sebagai pelengkap kepada kenangan zaman persekolahan bagi generasi yang membesar pada awal tahun 2000-an. ​Seorang pengguna Threads memuat naik hantaran ringkas yang meluahkan rasa tidak percaya dengan menulis, "My Chemical Romance dengan Evanescence datang KL dalam bulan yang sama? Siapa kata benda ni takkan jadi? Gila, ni betul-betul mimpi jadi kenyataan!" ​Sementara itu, seorang lagi netizen mengimbau kenangan zaman persekolahan mereka dengan menyatakan, "Lagu-lagu nilah yang kita dengar sampai menangis dekat bucu katil masa zaman sekolah dulu. Bila tiket dibuka semula macam ni, confirm tak boleh lepaskan peluang. Anggap sahaja ini 'healing' untuk diri kita yang dah dewasa." Penganjur menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka turut mengumumkan pembukaan semula jualan tiket dalam jumlah yang terhad. Peminat yang tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini boleh melayari laman web rasmi www.golive-asia.com ​