Konsert Malam Qolbu Satukan Opick, Mawi, Rabbani, The Rayhan
Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal menjelang, agensi pelancongan Duyufurrahman Travel & Tours buat julung kalinya bakal menganjurkan Konsert Malam Qolbu yang akan menghimpunkan barisan ikon nasyid dan lagu ketuhanan terkemuka di Idealive Kuala Lumpur pada 24 Ogos depan.
Konsert yang mengangkat konsep 'Islamik Nusantara Musik' itu akan menyatukan penyanyi terkenal Indonesia, Opick, bersama bintang-bintang tempatan seperti Mawi, kumpulan Rabbani, UNIC, dan The Rayhan dalam satu malam yang sarat dengan mesej dakwah, ukhuwah, dan refleksi diri.
Wakil penganjur berkata, penganjuran konsert ini bukan sekadar persembahan muzik Islamik biasa, sebaliknya ia merupakan satu amanah besar bagi mengajak masyarakat, terutama generasi muda, kembali mengimarahkan rasa cinta dan mengagungkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Kami melihat penganjuran ini sebagai satu amanah yang sangat besar. Menjadi satu kebanggaan buat kami apabila diberi peluang untuk menganjurkan sebuah majlis yang mengajak masyarakat berselawat dan mengenang sirah Baginda.
"Dalam kehidupan ini kita sentiasa melabur untuk dunia. Namun sesekali, marilah kita melabur untuk saham akhirat. Setiap selawat, doa, serta peringatan yang diperoleh pada malam tersebut mudah-mudahan menjadi amal yang berpanjangan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Menurut penganjur, Konsert Malam Qolbu akan disusun dengan penceritaan yang menyentuh jiwa melalui gimik pembukaan 'Sirah & Cahaya', segmen interlude pantomim dan visual poetry, serta akan ditutup dengan alunan selawat nabi yang melibatkan seluruh hadirin.
Pihak penganjur turut menyatakan keyakinan bahawa pasaran tempatan mempunyai permintaan yang tinggi terhadap acara hiburan kerohanian yang berkualiti, menyamai trend positif yang sering dilihat di negara jiran seperti Indonesia.
Konsert ini merupakan hasil kolaborasi antara Duyufurrahman Travel & Tours Sdn Bhd dan Aftermusic Project, dengan kerjasama strategik daripada Laskar Entertainment.
Bagi memantapkan pengisian dan pendekatan dakwah syarikat, Duyufurrahman turut diperkuatkan oleh barisan tenaga muda berpengalaman dalam bidang Haji dan Umrah, termasuk juara Mualim Muda Musim Pertama, Mualim Muda Anas, serta finalis program berkenaan, Mualim Muda Ashraf.
Acara ini mendapat sokongan ZAYAN sebagai radio rasmi, manakala Gempak dan Salam Musik bertindak sebagai rakan media digital, serta Royal Chulan The Curve sebagai penaja hotel rasmi.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga bermula RM250 sehingga RM350, manakala harga tiket khas bagi golongan pelajar turut disediakan.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web rasmi Ticketmelon (https://www.ticketmelon.com/) dan Fantopia (https://www.fantopia.io/).