OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Jason Mraz di KL: Tiket Kategori Baharu Bermula RM258 Mula Dijual 12 Ogos

Konsert Jason Mraz di KL: Tiket Kategori Baharu Bermula RM258 Mula Dijual 12 Ogos
← Back to News
Sambutan luar biasa peminat terhadap konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur mendorong pihak penganjur, Zues Event, menambah empat kategori tiket baharu bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat. Langkah berkenaan memberi peluang kepada lebih ramai peminat tempatan untuk menyaksikan persembahan penyanyi dan penulis lagu pemenang Anugerah Grammy itu secara langsung, selepas tujuh tahun beliau tidak beraksi di Malaysia. Konsert Jason Mraz di KL: Tiket Kategori Baharu Bermula RM258 Mula Dijual 12 Ogos Menurut kenyataan Zues Event hari ini, empat kategori baharu yang diperkenalkan ialah Mellow pada harga RM498, Rhythm (RM428), Alive (RM358), dan Zenith (RM258). Semua kategori ini menggunakan susunan tempat duduk sepenuhnya. "Jualan bagi kategori tiket baharu ini akan mula dibuka pada Rabu, 12 Ogos ini bermula jam 12 tengah hari," menurut kenyataan itu. Sebelum ini, enam kategori tiket telah diumumkan iaitu Jazzy (RM688), Acoustic (RM588), Soulful (RM488), Originals (RM388), Nostalgic (RM288), serta Signature bagi pandangan terhad pada harga RM158. Konsert Jason Mraz di KL: Tiket Kategori Baharu Bermula RM258 Mula Dijual 12 Ogos Konsert yang dipersembahkan oleh Prudential Malaysia itu dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 31 Oktober depan. Selain seleksi lagu-lagu hits ikonik seperti I'm Yours, I Won't Give Up, Lucky, dan Have It All, penonton turut bakal disajikan dengan pertunjukan dron serta percikan bunga api yang memukau. Tiket boleh dibeli menerusi platform etix.my, MAISEAT, dan Trip.com, manakala maklumat lanjut boleh didapati menerusi media sosial rasmi @zuesevent di Facebook dan Instagram.