Konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Oktober Ini, Tiket Mula Dijual 11 Jun
Penyanyi dan penulis lagu terkenal antarabangsa yang merangkul Anugerah Grammy, Jason Mraz, bakal kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun sempena siri jelajah Asia menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur pada 31 Oktober depan.
Konsert anjuran Zues Event itu dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu bermula jam 8.00 malam, yang dijangka membawa aura muzik akustik-pop santai dengan gabungan elemen folk, reggae, R&B dan disko buat para peminat tempatan.
Pengarah Zues Event, Jeffery Chin berkata, pemilihan Jason Mraz dibuat bagi meneruskan momentum kejayaan beberapa siri konsert penganjuran mereka sebelum ini, selain menyedari hakikat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan karya-karya positif dan malar segar artis berkenaan.
"Kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan.
"Malam itu juga dijanjikan dengan pertunjukan percikan api dan langit yang dihiasi dengan formasi dron," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mraz yang memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan kini telah menghasilkan sembilan album studio termasuk album bertaraf platinum dan multi-platinum serta diiktiraf dalam Songwriters Hall of Fame menerusi deretan lagu hit global seperti I'm Yours, I Won’t Give Up, dan Lucky.
Selain aktif dalam industri muzik dan pementasan teater Broadway, artis yang sinonim dengan imej topi fedora ini juga dikenali sebagai aktivis kemanusiaan melalui penubuhan Jason Mraz Foundation yang menyokong program pendidikan seni inklusif serta keadilan sosial.
Tiket akan mula dijual secara dalam talian pada Khamis, 11 Jun ini bermula jam 10.50 pagi menerusi laman web rasmi etix.my.
Harga tiket ditawarkan mengikut enam kategori utama bermula RM158 bagi kategori Signature (pandangan terhad), RM288 (Nostalgic), RM388 (Originals), RM488 (Soulful), RM588 (Acoustic) sehingga RM688 bagi kategori Jazzy, tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.