OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat

Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat
← Back to News
Ratu Rock negara, Ella, membuktikan pengaruh dan legasinya tetap utuh apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 peminat menerusi Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming – Edisi Permata Biru di Setia SPICE Arena, di sini, Sabtu lepas. Konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu mencatatkan kejayaan manis apabila jualan tiket 'sold out' atau habis terjual, sekali gus menjadikan kepulangan anak jati Pulau Pinang itu ke tanah kelahirannya sebuah lipatan sejarah yang penuh emosi. Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat Penuh dengan nostalgia, malam persembahan berkenaan turut menjadi medan sambutan ulang tahun kelahiran Ella yang ke-60 bersama para peminat setia yang menyokong perjalanan seninya merentasi pelbagai generasi. Ella, atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, berkata Pulau Pinang sentiasa mempunyai kedudukan yang amat istimewa di hatinya dan konsert kali ini membawa maksud yang sangat mendalam buat dirinya. Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat "Bila kita namakan konsert ini 'Homecoming', ia benar-benar membawa maksud pulang ke tempat awal permulaan. Lebih istimewa, saya dapat meraikan hari jadi bersama mereka yang dekat serta orang-orang yang saya sayangi. Melihat arena penuh malam ini merupakan satu hadiah yang sangat bermakna," katanya. Kemeriahan konsert diteruskan dengan persembahan bertenaga menerusi rangkaian lagu popular beliau seperti Rama-Rama, Kesal, Bayangan, serta medley Cinta Selembut Sutera dan Retak. Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat Suasana pentas bertambah hangat dengan kemunculan dua figura penting industri muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain. Gandingan Ramli Sarip bersama Ella menerusi lagu Kembara Kita, serta duet ikonik bersama Ziana Zain menerusi medley Senja Nan Merah dan Nuri, berjaya menggoncang arena dengan sorakan gemuruh penonton. Konsert Homecoming 'Sold Out', Ella Raikan Ulang Tahun Ke-60 Bersama 10,000 Peminat Selain sajian hiburan, konsert itu turut menerapkan nilai kemasyarakatan menerusi kempen Peace.Love.Rindu, di mana RM2 daripada setiap jualan tiket disalurkan kepada tiga organisasi kebajikan iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group, Rohit Rampal, berkata kejayaan konsert berkenaan membuktikan kekuatan karya artis tempatan yang sentiasa relevan dan mampu menyatukan peminat daripada pelbagai latar belakang dan generasi.