Konsert HEADBANG LIVE & LOUD Bukti XPDC Kita Peng Yu Masih Relevan dan Berpengaruh
Kejayaan penganjuran Konsert XPDC Kita Peng Yu Head Bang Live & Loud At Odeon KL Sabtu lepas membuktikan kumpulan rock legenda itu masih mempunyai pengaruh kukuh serta pangkalan peminat tegar dalam industri muzik tanah air.
Kejayaan ini sekali gus menepis pandangan skeptikal sesetengah pihak berikutan pengumuman awal konsert berkenaan yang menerima nada agak kritis.
Sebelum ini, XPDC Kita Peng Yu kerap dikaitkan dengan persembahan tidak berbayar di festival-festival makanan, selain isu penularan berita mengenai konsert mereka di Kunak, Sabah baru-baru ini yang didakwa kurang mendapat sambutan.
Namun, kehangatan pentas Odeon KL Sabtu lepas menjadi saksi nyata bahawa pengaruh dan penangan jenama XPDC Kita Peng Yu dalam kalangan pengikut serta komuniti peminat muzik rock di ibu kota kekal utuh dan tidak mudah goyah.
Penganjuran konsert anjuran Rockstation & Event Entertainment yang berdurasi lebih dua jam itu dibanjiri ratusan peminat muzik rock dari seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.
Pengarah Urusan Rockstation and Event Entertainment, Mozylir Moktaruddin berkata konsert eksklusif tersebut direalisasikan atas permintaan berterusan peminat yang mahu melihat persembahan penuh kumpulan berkenaan dalam skala yang lebih khusus.
Kumpulan yang dibariskan oleh Ary selaku vokalis, Jeff (gitar), Zuar (bass) dan Amy (dram) menyajikan persembahan bertenaga menerusi segmen Metal, Tribute, dan Metal 60-an.
Konsert berkenaan turut diserikan dengan kehadiran tiga figura terkenal tanah air sebagai artis jemputan khas iaitu Yan Toi, Jatt Ali serta Syed Ali.
Pemain bass kumpulan itu, Azuar Md Tasi atau Zua berkata, komitmen tinggi diberikan oleh setiap anggota bagi memastikan kualiti persembahan bertiket mencapai piawaian yang diharapkan penonton.
"Persembahan bertiket memerlukan komitmen dan persiapan lebih rapi. Kami beri perhatian kepada setiap aspek termasuk susunan lagu, sistem bunyi, pencahayaan dan keseluruhan produksi," katanya.
Kejayaan konsert itu sekali gus mengukuhkan kedudukan XPDC Kita Peng Yu sebagai antara nama besar yang terus mempertahankan legasi muzik rock kapak dan heavy metal tempatan.
FOTO OLEH: Papadin.