OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus

Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus
← Back to News
Tinggal kurang sebulan menuju malam pementasan, konsert Faizal Tahir : Suara Rakyat mencatatkan perkembangan memberangsangkan apabila 85 peratus tiket telah terjual, sekali gus meninggalkan baki kira-kira 15 peratus sahaja buat peminat yang mahu menyaksikan malam istimewa berkenaan. Penyanyi Faizal Tahir meluahkan rasa terharu atas sambutan hangat yang diterima dan menyifatkan pencapaian jualan tiket tersebut memberikan suntikan semangat buat beliau dan seluruh pasukan produksi untuk memberikan persembahan terbaik. Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus "Persediaan kini berjalan lancar dan memandangkan kurang sebulan sahaja lagi sebelum konsert, fokus utama kami adalah memastikan segalanya sempurna," katanya dalam satu majlis ramah mesra di Bendang KL, hari ini. Mengulas lanjut mengenai kehadiran kumpulan Mirwana, Faizal mengesahkan beliau bakal berduet dengan kumpulan nasyid berkenaan di atas pentas nanti sebagai tanda penghargaan terhadap permulaan kerjaya muziknya. Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus "Ya, saya akan berduet dengan Mirwana. Menjemput mereka ini ibarat membalas budi kerana Mirwana adalah kumpulan pertama yang saya sertai sebagai penghibur," jelasnya. Gandingan Faizal Tahir dan Mirwana disifatkan membawa nilai nostalgia serta sentuhan emosi yang mendalam kepada peminat, memandangkan kumpulan tersebut memainkan peranan penting dalam penglibatan awal beliau dalam bidang muzik. Konsert anjuran Faithful Music bersama Hitman Solutions selaku penganjur konsert (concert promoter) itu dijadualkan berlangsung pada 3 Okt ini di Unifi Arena, Bukit Jalil, bertujuan merayakan perjalanan lebih dua dekad Faizal Tahir dalam industri muzik tanah air. Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus Selain persembahan pentas, konsert berkenaan turut mengumumkan pelantikan Bendang Group sebagai Rakan F&B Rasmi, di samping pengenalan barangan cenderamata rasmi Suara Rakyat yang merangkumi baju-T, jersi, keffiyeh, botol minuman, lanyard serta photocards. Mengulas mengenai hala tuju konsert itu, Faizal menegaskan beliau mahu pementasan berkenaan menjadi satu pengalaman interaktif yang lebih bermakna dan bukannya sekadar persembahan lagu-lagu hits biasa. Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat Bawa Mirwana, Tiket Tinggal 15 Peratus "Sekarang memang sudah masuk fasa yang sangat intense. Lagi dekat dengan 3 Oktober, lagi banyak perkara yang kami perincikan terutama daripada susunan lagu, muzik, visual, stamina, latihan sampailah kepada bagaimana setiap bahagian dalam konsert ini boleh bercerita dengan baik. "Saya tidak mahu ia jadi sekadar malam kita datang, nyanyi lagu-lagu lama dan balik. Saya mahu orang yang hadir rasa mereka sebahagian daripada perjalanan ini sebab lagu-lagu ini pun membesar bersama mereka," katanya. Beliau turut memberi bayangan bahawa pelbagai lagi kejutan sedia menanti penonton pada malam konsert itu nanti. Baki tiket bagi konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web ticket2u.com dan www.hitmanlive.com.