Konsert 'Chapters of Love' Cipta Momen Intim, Vox Nation Live Lancar Vinyl Edisi Terhad Aishah
Konsert "Aishah 40 Chapters of Love" yang berlangsung di Megastar Arena baru-baru ini bukan sahaja berjaya mencipta momen intim antara legenda seni suara tanah air, Dato' Aishah, dengan para peminatnya, malah turut menyaksikan pelancaran piring hitam (vinyl) edisi terhad eksklusif buat para pengumpul tegar.
Dianjurkan oleh Vox Nation Live, konsert yang meraikan empat dekad penglibatan Aishah dalam industri muzik tempatan itu dihadiri ribuan peminat setia dari seluruh pelosok negara yang berkongsi nostalgia dan emosi sepanjang hampir tiga jam persembahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang berkata, pengenalan vinyl edisi terhad yang menghimpunkan rangkaian lagu malar segar Aishah itu merupakan tanda penghargaan tertinggi kepada peminat yang telah menyokong perjalanan seni beliau selama ini.
"Sambutan yang diberikan malam ini benar-benar membuktikan betapa dalamnya cinta dan penghargaan terhadap legasi Dato' Aishah. Koleksi eksklusif ini hanya boleh dimiliki menerusi Vox Nation Live, sekali gus menjadikannya antara cenderamata paling bernilai buat peminat dan pengumpul karya muzik fizikal," katanya dalam kenyataan di sini.
Konsert berkenaan menyaksikan Aishah menyampaikan lebih 20 buah lagu ikonik, termasuk medley lagu-lagu popular awal era penglibatannya seperti "Camar Yang Pulang", "Janji Manismu", sehinggalah ke segmen lagu-lagu tradisional dan ketuhanan yang dipersembahkan dengan penuh bertenaga.
Suasana dewan bertukar hiba dan penuh emosi apabila penonton bersama-sama menyanyikan lagu berhantu "Janji Manismu", sebelum konsert diakhiri dengan segmen encore menerusi lagu "Pulanglah" dan "Setitis Cahaya Di Aidilfitri".
Keseluruhan konsert malam itu diperkukuhkan lagi dengan gubahan muzik segar dan dinamik oleh Pengarah Muzik terkenal, Sharon Paul, selain penampilan khas artis jemputan, Ara Johari, yang berduet menerusi lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah".
Sementara itu, Aishah menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan konsert tersebut sebagai antara detik paling bermakna dalam perjalanan empat dekadnya sebagai anak seni.
"Melihat begitu ramai peminat yang masih bersama saya hingga hari ini benar-benar menyentuh hati. Setiap tepukan, setiap nyanyian dan setiap senyuman yang saya lihat malam ini akan saya simpan sebagai kenangan yang paling berharga," katanya.