Konsert Black On White: 'Puas, Seronok Tengok Peminat Enjoy' - Karl Cromok
Konsert Black On White: Cromok-Barbarik yang berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara malam tadi membuktikan bahawa genre muzik rock dan thrash metal tempatan masih mempunyai pengaruh serta aura tersendiri dalam kalangan peminat.
Menggabungkan dua nama besar industri muzik tanah air, Cromok dan Barbarik, persembahan tersebut bukan sahaja menjadi pentas pertemuan dua identiti muzik berbeza, malah menghadirkan pengalaman konsert yang matang, tersusun dan bertenaga dari awal hingga akhir.
Pemain gitar legenda Cromok, Karl menyifatkan persembahan malam itu sebagai sesuatu yang amat memuaskan apabila penonton hadir memberikan sokongan luar biasa selain menikmati setiap segmen yang dipersembahkan.
“Puas. Kita nampak ramai yang datang, we have fun. Apa yang penting kita yang berada di atas pentas dan penonton sama-sama enjoy. Mereka datang, mereka rasa seronok dan mereka enjoy. Saya gembira.” katanya pada sidang media selepas konsert itu.
Dari segi kualiti persembahan, Black On White berjaya mencapai matlamatnya apabila sistem bunyi kedengaran kemas dan seimbang, sekali gus memberi ruang kepada peminat menikmati karakter muzik kedua-dua kumpulan dengan jelas.
Konsert dibuka dengan tenaga Cromok menerusi rangkaian lagu popular mereka seperti Prophecy, Stranger, Memories, Another You, I Don’t Belong Here, Misery dan Little One.
Lebih istimewa, kumpulan pelopor thrash metal negara itu turut mempersembahkan Black Fury dan Wisdom, sebuah material baharu yang diperdengarkan buat kali pertama kepada penonton sebagai bukti bahawa Cromok masih aktif berkarya dan tidak sekadar bergantung kepada katalog lama.
Mengulas mengenai keberanian membawa lagu baharu yang belum biasa didengar penonton, Karl berkata perkara itu penting bagi menunjukkan bahawa Cromok terus produktif sebagai sebuah band.
“Itu biasa. Kita kena tunjuk kita produktif. Bukan semua orang berani main lagu baharu yang belum keluar. Jadi kita kena didik peminat. Kita memang mahu beritahu yang kita masih aktif dan tidak hanya bergantung kepada lagu lama. Penonton yang datang malam ini beruntung sebab mereka menjadi orang pertama yang dengar,” katanya.
Sementara itu, Barbarik meneruskan momentum konsert dengan rangkaian lagu popular antaranya Peluru Cokelat, Kasmaran Selamanya, Mencari Asal Usul, Nasib Baik, Inspirasi Syakilla dan Gerhana selain lagu terbaharu Periok Api.
Pentas turut digegarkan dengan segmen tribute yang menampilkan lagu-lagu popular kumpulan Kembara seperti Hati Emas, Impian Seorang Nelayan, Ekspress Rakyat dan Impian Anak Jalanan.
Lebih mencuri perhatian, vokalis Cromok, Sam turut membawakan lagu Melayu dalam segmen berkenaan, sesuatu yang jarang dapat disaksikan dalam persembahan Cromok sebelum ini.
Konsert Black On White: Cromok-Barbarik dianjurkan oleh Karl Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik serta mendapat sokongan Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik (Dana Persembahan Muzik).
Foto Oleh: Hariz Badari.