Konsert Biru Mata Hitamku Satukan Mus, JoBranko, Black & Eddie
Selepas hampir tiga dekad mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanah air, barisan pemuzik legenda tanah air, Mus, JoBranko, Black dan Eddie bakal disatukan semula di atas satu pentas bagi menjayakan Konsert Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary pada 5 September ini.
Konsert berskala besar anjuran Icon Entertainment itu dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, khusus bagi meraikan ulang tahun ke-30 album studio ikonik Wings, Biru Mata Hitamku, yang diterbitkan pada tahun 1996.
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, penganjuran konsert itu merupakan satu usaha untuk menghidupkan semula kualiti karya dalam album tersebut yang berjaya membuktikan jangka hayat sesebuah kugiran tidak hanya bergantung kepada pertukaran anggota, sebaliknya bersandar kepada kekuatan lagu yang dihasilkan.
"Album Biru Mata Hitamku mungkin ada yang menganggapnya underrated, tetapi jangan lupa album ini memiliki untaian lagu berkualiti tinggi yang dihidupkan dengan cara tersendiri oleh Mus bersama JoBranko, Eddie dan Black, malah pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu.
"Ini adalah malam eksklusif yang akan memanjangkan sejarah dan menunjukkan bagaimana pada waktu berdepan konflik, sesebuah kugiran boleh bangkit semula dalam babak yang lebih baik," katanya dalam satu sidang media di sini.
Sementara itu, pemain gitar legenda, JoBranko menyifatkan album Biru Mata Hitamku yang pernah dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM 96) sebagai antara portfolio paling penting dalam perjalanan kerjaya muziknya.
Beliau turut mendedahkan bahawa sebelum menerima pelawaan Icon Entertainment, terdapat sekurang-kurangnya empat hingga lima penganjur lain yang menawarkan projek serupa, namun memilih untuk bekerjasama dengan Iman Tang atas faktor profesionalisme dan kesungguhan pengurusan.
"Kami tahu peminat, termasuk generasi baharu (Gen Z), mula mencari semula lagu-lagu era ini seperti Makam Kekasih, Jika Kau Tahu, Enigma dan Mister Barbarik. Zaman itu, proses rakaman kami adalah 100 peratus human touch tanpa bantuan teknologi moden seperti autotune, justeru dynamic dan jiwanya sangat berbeza.
"Untuk konsert ini, saya dan rakan-rakan boleh fokus sepenuhnya kepada aspek muzik dan latihan kerana 80 peratus urusan produksi serta pemasaran yang sistematik telah dikendalikan dengan baik oleh pihak penganjur," katanya.
Bagi memastikan kepuasan maksimum penonton, konsert tersebut akan mengekalkan konsep rock tulen dengan sistem bunyi dan pencahayaan bertaraf antarabangsa, di samping mengekalkan tema pakaian ringkas iaitu 'hitam' untuk peminat yang hadir.
Tiket bagi menyaksikan konsert bersejarah ini dijual pada harga RM228 (Idaman), RM338 (Mr Barbarik), RM368 (Jika Kau Tahu), RM418 (Enigma) dan RM1,500 (Grand VIP), dan boleh dilayari menerusi laman web ticket2u.com/birumatahitamku bermula Jumaat, 3 Julai Jam 3 petang.