OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Kini Hab Konsert Utama Asia, Sasar 500,000 Peminat

KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Kini Hab Konsert Utama Asia, Sasar 500,000 Peminat
← Back to News
Kuala Lumpur kini melangkah megah sebagai antara destinasi utama di rantau Asia bagi jelajah muzik antarabangsa menerusi pelancaran inisiatif penanda aras, KL Headline Season 2026. Inisiatif strategik yang dianjurkan oleh Live Nation Malaysia dengan kerjasama PR Worldwide, Tourism Malaysia, dan CelcomDigi itu dijadualkan menjadi tuan rumah kepada 25 persembahan muzik antarabangsa sepanjang tahun ini. Langkah agresif itu dijangka mampu menarik kehadiran lebih 500,000 peminat muzik tempatan dan serantau merentasi enam lokasi utama di sekitar ibu negara. Menteri Wilayah Persekutuan, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, penganjuran konsert dan acara berskala besar seumpama ini memainkan peranan kritikal dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menyasarkan ketibaan 47 million pelancong antarabangsa. KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Kini Hab Konsert Utama Asia, Sasar 500,000 Peminat "Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi fokus kepada pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan bernilai tinggi, dan hiburan langsung memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. "Konsert dan acara berskala besar bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, malah turut menyumbang kepada keseluruhan ekosistem pelancongan, daripada sektor hospitaliti hinggalah perniagaan tempatan," katanya dalam satu majlis perlancaran yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, semalam. KL Headline Season 2026 menampilkan barisan artis gergasi global paling padat dalam sejarah penganjuran acara di ibu kota. Antara nama besar yang disahkan bakal menggegarkan pentas termasuk bintang K-Pop BTS, The Weeknd, Post Malone, Lany, Laufey, Bryan Adams, DAY 6, TREASURE, dan Daniel Caesar. Sementara itu, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal menjelaskan bahawa kelebihan geografi Kuala Lumpur yang terletak dalam lingkungan empat jam penerbangan dari bandar-bandar utama Asia memberikan kecekapan logistik yang sangat tinggi buat pengurusan artis antarabangsa. KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Kini Hab Konsert Utama Asia, Sasar 500,000 Peminat "Melalui KL Headline Season, kami sedang membina rentak persembahan langsung yang konsisten untuk dinantikan dan dirancang oleh peminat. Dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama lebih banyak konsert, kami membantu menjadikan bandar ini sebagai hentian tetap dalam jelajah Asia," jelas beliau. Pihak industri telekomunikasi turut melihat inisiatif ini sebagai platform terbaik bagi merapatkan jurang digital dan gaya hidup pelanggan. Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, sebagai syarikat telekomunikasi terbesar negara, rangkaian mereka akan memastikan pengalaman hiburan bertaraf dunia ini dapat diakses secara besar-besaran oleh lebih 20 juta pelanggan mereka. Pelaksanaan siri konsert sepanjang tahun ini dijangka memberikan limpahan impak ekonomi yang signifikan bukan sahaja melalui jualan tiket, malah memberi keuntungan terus kepada pelbagai rantaian sektor domestik seperti penerbangan, perhotelan, peruncitan, serta industri makanan dan minuman (F&B). Maklumat lanjut mengenai jadual penuh persembahan dan jualan tiket boleh didapati dengan melayari laman web rasmi di https://www.livenation.my/.