Khalid Kembali Dalam Jelajah 'It's Always Summer Somewhere' Disember ini
Penyanyi dan penulis lagu antarabangsa yang merangkul anugerah multi-platinum, Khalid, bakal kembali menggegarkan ibu kota menerusi konsert jelajahnya yang amat dinantikan, 'It's Always Summer Somewhere Tour', di Arena Idea Live pada 9 Disember depan.
Kehadiran semula bintang global itu ke Malaysia adalah susulan kejayaan besar siri jelajahnya di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan tiket persembahannya habis terjual di 23 buah bandar raya sebelum ini.
Penganjur konsert, Live Nation Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, konsert itu menjanjikan pengalaman visual dan audio yang memukau, menggabungkan signatur muzik unik Khalid yang merentasi genre R&B, pop dan soul.
Peminat tempatan boleh menjangkakan senarai lagu merangkumi keseluruhan kerjaya seninya termasuk untaian hits global seperti Location, Young Dumb & Broke, Better, Talk, Love Lies dan Eastside, di samping seleksi karya terbaharu daripada albumnya yang paling hangat.
Sejak melonjak ke persada muzik antarabangsa, artis yang pernah dinamakan sebagai antara 'Individu Paling Berpengaruh 2019' oleh Majalah TIME itu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu suara penentu generasinya dengan mencatatkan lebih 35.6 bilion penstriman di seluruh dunia.
Album ketiganya, After the Sun Goes Down yang diluncurkan pada Oktober tahun lepas, menampilkan 17 buah lagu gabungan R&B moden dan elektro-pop era 80-an, sekali gus menjadi inspirasi utama di sebalik penganjuran siri jelajah dunia kali ini.
Menurut kenyataan itu, pendaftaran bagi jualan tiket awal artis (Artist Presale) akan dibuka pada Isnin, 13 Julai ini bermula jam 11 pagi hingga 11.59 malam menerusi laman web rasmi artis (https://www.khalidofficial.com/tour/).
"Bagi pemegang kad Mastercard, mereka bakal menerima akses khas untuk jualan awal pada Selasa, 14 Julai (11 pagi) sehingga Rabu, 15 Julai (11 pagi) melalui priceless.com/music.
"Manakala bagi ahli Live Nation, jualan tiket awal boleh diakses pada Rabu, 15 Julai bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam dengan mendaftar keahlian secara percuma di laman web Live Nation," kata penganjur.
Sementara itu, jualan tiket kepada orang ramai akan mula dibuka secara rasmi pada Khamis, 16 Julai bermula jam 11 pagi dan seterusnya menerusi platform dalam talian www.golive-asia.com atau fantopia.io.