K-Clique, Bunga, Forceparkbois 'Headliner' RAPAT Hip Hop Fest
Bintang rap tanah air Bunga, Forceparkbois dan K-Clique diumumkan sebagai antara artis utama (Main Stage Headliners) bagi fasa pertama festival muzik berskala besar, RAPAT Hip Hop Fest, yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Oktober ini.
Turut diumumkan dalam senarai barisan persembahan ialah gandingan pasangan selebriti hip hop popular tanah air, Tuju dan Loca B, yang bakal memeriahkan lagi pentas festival berkenaan.
Dianjurkan oleh agensi pengurusan acara terkemuka CEOMAN Entertainment, festival bertemakan "When Underground Takes The National Stadium" itu berhasrat merapatkan jurang generasi antara perintis (OGs) dan bakat baharu, sekali gus menjadi medan penyatuan terbesar komuniti hip hop dan budaya jalanan (street culture) di Malaysia.
Penganjur Acara, Sherman Heng berkata, pemilihan barisan artis fasa pertama berkenaan mencerminkan kepelbagaian warna, tenaga dan identiti unik yang memacu perkembangan arena muzik hip hop tanah air hari ini.
"Barisan artis Fasa Pertama ini mewakili gabungan dominasi arus perdana hingga ke gelombang baharu yang dinamik. Ini adalah gambaran awal kepada kualiti dan skala persembahan yang kami janjikan di Stadium Nasional nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Sherman, penganjuran festival itu turut bertitik tolak daripada hasrat untuk membuktikan potensi komersial muzik hip hop tempatan menerusi cabaran memenuhkan stadium terbesar negara tersebut.
Selain persembahan pentas utama, kemuncak festival berkenaan bakal menyaksikan segmen The National Cypher yang menghimpunkan 100 rapper tempatan merentasi pelbagai era, negeri dan bahasa di atas satu pentas.
LO
Acara yang bermula seawal jam 11 pagi hingga 11 malam itu turut dibahagikan kepada lima zon pengalaman khas iaitu pentas utama (The Main Stage), zon battle dan freestyle (The Underground), aksi sukan jalanan dan breakdance (The Street), hab gaya hidup serta sneakers (The Market), dan zon makanan tempatan The Flavour / Rapat Bazaar yang diadakan di Parking C.
Bagi memberi akses kepada segenap lapisan peminat, tiket kemasukan umum (RAPAT GENG) ditawarkan pada harga serendah RM99, manakala pas VIP (RAPAT GILER) pada harga RM299 menerusi platform maiseat.com dan ticket2u.com.