OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku

JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku
← Back to News
Pengasas Barbarik, JoBranko, menunaikan janji dengan melunaskan 'hutang' kepada para peminat semasa Konsert Biru Mata Hitamku – 30 Tahun Anniversary yang berlangsung penuh bertenaga pada malam Sabtu lalu. JoBranko, atau digelar Tok Ketua oleh peminatnya, sempat berseloroh di atas pentas mengenai janji persembahannya yang lalu sebelum memulakan aksi gitarnya. “Lu orang rasa gwa ada hutang… malam ni gwa bayar. Gwa bayar dengan interest,” katanya. JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku Sorakan peminat itu merujuk kepada persembahan di Pentas Barbarik Vol. 2 sebelum ini, apabila lagu Lupakanlah hanya disampaikan di bahagian intro sahaja. Namun pada malam Sabtu lalu, JoBranko bukan sahaja melunaskan lagu Lupakanlah secara penuh, malah turut memberikan 'interest' menerusi persembahan lagu ikonik Sejati yang dibawakan secara solo dari awal hingga akhir dan disambut dengan 'sing along' oleh ribuan peminat. JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku Bukan itu sahaja, JoBranko turut mencuri tumpuan apabila sempat mengacah petikan intro lagu Alam Barzakh sebelum beralih memainkan lagu Gegar Gunung Gemora. Usikan nakal itu menyebabkan rata-rata peminat bersorak gembira sambil berseloroh bahawa 'hutang' lagu berkenaan perlu dituntut pula pada konsert yang seterusnya. Konsert eksklusif selama dua jam 40 minit itu menyaksikan gandingan mantap JoBranko bersama Muss, Eddie, Black serta keyboardist jemputan, Lee. JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku Peminat dihiburkan dengan susunan 20 lagu popular selain lagu Biru Mata Hitamku, antaranya Nasib Kita, Gegar Gunung Gemora, Penunggu, Enigma, dan Bukan Kerana Matahari. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, turut membuat kejutan di atas pentas dengan mengumumkan derma kilat bagi membantu vokalis Barbarik, Muss, yang kini berdepan ujian berat susulan keadaan kesihatan isterinya, Suraya Bahari atau Kak Su, yang masih dirawat di hospital. JoBranko Lunas 'Hutang' di Konsert Biru Mata Hitamku Beliau mengajak para peminat yang hadir menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi membantu meringankan beban kos perubatan dan bil hospital vokalis berkenaan. "Abang Muss dalam dua bulan hingga tiga bulan ini berulang-alik ke hospital (menjaga isteri) dan luangkan masa hiburkan kita. "Saya hendak minta keikhlasan kawan-kawan semua, kalau boleh tiada paksaan, kita hendak buat sedikit derma kepada Abang Muss." katanya. Selain itu, Konsert Biru Mata Hitamku turut tampil dengan segmen tribute khas bagi menghargai sumbangan tokoh muzik rock tanah air. Menerusi segmen berkenaan, dua lagu ciptaan Allahyarham JS Kevin iaitu Makam Kekasih dan Satu Titik Yang Kosong dipersembahkan, selain lagu Krisis Dipertengahan Hidup karya Allahyarham Bob Lokman.