OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Jeong Eunji Apink Pilih Zepp KL Konsert Solo '[SUMMER, I]' Oktober Ini

Jeong Eunji Apink Pilih Zepp KL Konsert Solo '[SUMMER, I]' Oktober Ini
← Back to News
Selepas mencuri perhatian peminat K-pop tempatan bersama Apink Mei lalu, vokalis utama kumpulan itu, Jeong Eunji, bakal kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert solo 2026 JEONG EUNJI SOLO CONCERT ASIA TOUR [SUMMER, I] IN KUALA LUMPUR pada 11 Okt ini. Istimewanya, Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah Asia berkenaan yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 malam. Jeong Eunji Apink Pilih Zepp KL Konsert Solo '[SUMMER, I]' Oktober Ini Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn Bhd, Audrey Wan Yuen Theng berkata sambutan luar biasa yang diterima ketika kemunculan Apink di ibu negara beberapa bulan lalu memberi gambaran jelas mengenai sokongan padu peminat tempatan terhadap Eunji. "Justeru, kami amat teruja apabila Kuala Lumpur sekali lagi diberi keistimewaan, kali ini sebagai destinasi pertama jelajah Asia solo Eunji menerusi [SUMMER, I]. "Ia tentunya sebuah pengalaman yang berbeza kerana peminat berpeluang mengenali Eunji dengan lebih dekat sebagai artis solo, menikmati kekuatan vokalnya serta perjalanan muzik yang telah dibinanya di luar Apink," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jeong Eunji Apink Pilih Zepp KL Konsert Solo '[SUMMER, I]' Oktober Ini Siri jelajah itu diadakan seiring dengan pelancaran album mini terbaharunya bertajuk SUMMER, I, yang membuka lembaran baharu dalam kerjaya muziknya selepas lebih sedekad berada dalam industri hiburan Korea Selatan. Sementara itu, tiket bagi menyaksikan persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Hopefully Sky dan All For You itu telah mula dijual hari ini bermula RM338 hingga RM738 menerusi platform MAISEAT dan Trip.com. Penganjur turut menawarkan pelbagai manfaat eksklusif buat pemegang tiket mengikut kategori seperti sesi foto, akses soundcheck, sesi Hi-Bye, serta cenderamata bertandatangan menerusi cabutan bertuah, dengan tarikh tutup kelayakan pada 26 Sept ini.