OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Jelajah D'Masiv 'Asia Home Run' Pilih Mega Star Arena November Ini

Jelajah D'Masiv 'Asia Home Run' Pilih Mega Star Arena November Ini
← Back to News
Selepas melengkapkan siri persembahan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan pop rock popular dari Indonesia, D'Masiv, memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir jelajah D’MASIV Asia Home Run sebelum melabuhkan tirai di Jakarta. Konsert yang dibawakan khas oleh penganjur Neptunes Presents itu bakal menggegarkan pentas Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada jam 8 malam, 20 November 2026. Jelajah D'Masiv 'Asia Home Run' Pilih Mega Star Arena November Ini Vokalis D'Masiv, Rian Ekky Pradipta menegaskan bahawa siri jelajah adalah usaha mengeratkan semula hubungan kumpulan itu bersama peminat di luar negara. “Setiap perjalanan D'Masiv bermula di Indonesia, khususnya di Ciledug dan di situlah semangat yang kami ingin bawa ke 'Asia Home Run.' Kami datang lagi untuk bertemu peminat di pelbagai negara dengan membawa kehangatan muzik serta tenaga yang menjadi nadi perjalanan kami,” katanya. Beliau turut berharap suasana persembahan itu nanti dapat menyajikan rasa keakraban bersama penonton seperti dalam keselesaan kediaman sendiri. Jelajah D'Masiv 'Asia Home Run' Pilih Mega Star Arena November Ini Sementara itu, Pengarah Projek Neptunes Presents, Shamsir Firdaus Shariman berkata, Malaysia sentiasa mempunyai ikatan istimewa dengan D’Masiv yang menganggap negara ini sebagai rumah kedua mereka. “Layanan mesra penonton, tenaga yang dirasai serta pelbagai kejutan sentiasa membuatkan D’Masiv merindui pengalaman unik dan suasana seperti di rumah yang begitu mereka hargai. Memandangkan D’Masiv mempunyai kelompok peminat yang sangat besar di Malaysia, lokasi di Mega Star Arena dipilih kerana kapasitinya yang lebih besar,” jelas Shamsir. Kumpulan yang ditubuhkan pada 2003 itu dianggotai oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram). Menyokong kenyataan tersebut, Pengarah RANS Entertainment, Nagita Slavina menyifatkan siri jelajah ini sebagai platform mempersembahkan era baharu D'Masiv menerusi persembahan berdurasi dua jam. “Penonton akan menikmati persembahan mengasyikkan yang menggabungkan lagu-lagu baharu kumpulan itu bersama rangkaian lagu popular seperti Pergilah Kasih, Jangan Menyerah, dan Cinta Ini Membunuhku yang mencorakkan perjalanan muzik mereka. Persembahan ini turut disokong oleh konsep visual yang menonjolkan semangat Indonesia dan kisah akar umbi mereka,” kata Nagita. Jelajah D'Masiv 'Asia Home Run' Pilih Mega Star Arena November Ini Tiket 'Early Bird' ditawarkan secara eksklusif kepada individu yang melengkapkan pra-pendaftaran, manakala tiket pra-jualan am mula dijual pada 8 September 2026 jam 10 pagi menerusi laman web rasmi dmasivtour.com. Kategori tiket pra-jualan merangkumi Gold pada harga RM108, Platinum (RM148), Festival (RM188), Diamond (RM288), dan Super VIP (RM588) yang merangkumi kemudahan tempat duduk sofa premium, akses belakang pentas, sesi bergambar, barangan eksklusif, poster bertandatangan, tiket koleksi serta makanan dan minuman. Penganjur turut menyediakan tawaran tambahan seperti pakej poster bertandatangan dan sesi bergambar pada harga RM100 serta Tiket Koleksi Edisi Terhad pada harga RM10 sepanjang tempoh pra-jualan.