Jatt Ali Sedia Beri Kejutan Bersama XPDC Kita Peng Yu!
Penyanyi veteran, Jatt Ali, sedia memberikan kejutan buat peminat muzik tanah air apabila menyahut cabaran untuk beraksi bersama kumpulan rock, XPDC Kita Peng Yu, dalam konsert XPDC Kita Peng Yu – Headbang Live & Loud @ Odeon KL pada 22 Ogos 2026 ini.
Kemunculan vokalis kumpulan Black Dog Bone itu disifatkan sebagai gandingan luar biasa apabila beliau diberi kepercayaan menjayakan segmen khas Metal 60-an, sebuah album nostalgia ikonik terbitan XPDC yang akhirnya bakal direalisasikan secara live di atas pentas bersama pemain bass lagenda, Yan Toi.
Mengulas mengenai penglibatan tersebut, Jatt Ali mengakui teruja dan bangga apabila dipelawa oleh kumpulan rock berkenaan.
"Apabila dipelawa oleh XPDC Kita Peng Yu, saya tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran ini. Walaupun saya sudah jarang terlibat dalam konsert rock skala besar dan muzik ini agak berbeza dengan gaya saya sebelum ini, saya perlu beri kekuatan dan semangat untuk imbangi persembahan.
"Harapan saya agar kehadiran saya disambut baik oleh penonton. Saya akan pastikan 'chemistry' antara saya, XPDC, dan peminat di bawah 'ngam'. Insya-Allah, kita akan berikan persembahan yang terbaik," ujar Jatt selepas sesi latihan konsert tersebut, di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap XPDC Kita Peng Yu merangkap pemain bass, Zua, menjelaskan bahawa persembahan kali ini diatur khas menerusi tiga segmen berbeza yang disusun menyerupai konsep opera.
"Show kali ini berbeza daripada persembahan yang pernah kita buat sebelum ini. Kita ada tiga segmen utama, segmen pertama menampilkan lagu-lagu XPDC, segmen kedua adalah tribut memperingati arwah Mael, dan segmen terakhir adalah penjelmaan semula projek 'Metal 60-an'.
"Dulu album 'Metal 60-an' pernah meletup dan terjual ratusan ribu unit, tetapi perancangan konsert khas tidak dapat dilaksanakan. Kali ini, kita bawa balik penyanyi asal seperti Ari, pemain bass legenda Yan Toi, dan artis jemputan khas seperti Jatt Ali untuk merealisasikannya," kata Zua.
Selain segmen Metal 60-an, persembahan itu turut menyaksikan segmen tribut penuh emosi buat arwah Mael yang bakal menampilkan persembahan akustik khas daripada adik arwah bagi menyampaikan dua buah lagu sebagai penghormatan kepada legasi pengasas XPDC tersebut.
XPDC Kita Peng Yu akan dibarisi oleh Ari (vokal), Zua (Bass), Amy (Drum) dan Jeff (Gitar).
Konsert anjuran Rockstation & Event Entertainment ini bakal mengehadkan kemasukan kepada 1,800 penonton sahaja bagi memberikan pengalaman yang lebih dekat dan bermakna khusus buat peminat tegar (hardcore).
Tiket masih boleh didapati menerusi laman web https://officialxpdckitapengyu.com.
Foto Oleh: Papadin.