Isyana Sarasvati Bawa 'EKLEKTIKO' Dalam Konsert Solo di Zepp KL
Selepas hampir tiga tahun tidak menyapa peminat di negara ini, penyanyi, komposer dan pemuzik serba boleh Indonesia, Isyana Sarasvati, bakal kembali mengegarkan ibu kota menerusi konsert solonya pada 17 Julai ini.
Konsert yang dinamakan 'ISYANA SARASVATI LIVE IN KUALA LUMPUR (ASIA TOUR 2026)' itu dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam, bersempena dengan pelancaran album terbaharunya berjudul EKLEKTIKO.
Penganjur bersama, Redrose Entertainment dan Vault + Vision Agency dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, konsert itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik biasa, sebaliknya satu perjalanan seni yang akan menghidupkan pelbagai fasa kerjaya Isyana.
Wakil penganjur, Sarah Kasenda berkata, penganjuran konsert ini disifatkan amat tepat pada waktunya memandangkan ia meraikan penglibatan lebih satu dekad anak seni itu dalam industri muzik.
"Kami mahu peminat merasa dan larut dalam karya-karya Isyana yang eklektik, merasakan langsung persembahan Isyana bersama pemuziknya serta melepaskan rindu yang lama terbuku.
"Kami mahu konsert ini menjadi momen penuh warna, tenaga dan mempunyai nilai sentimental tersendiri antara Isyana dan peminat di Malaysia," katanya dalam satu sidang media, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Isyana menyifatkan konsert jelajah ini sebagai satu babak penting dalam kerjaya seninya yang harus diraikan bersama para peminat yang sentiasa menjadi sumber inspirasinya.
"Saya mahu meraikan peminat yang sentiasa menyokong dan antusias, meskipun karya saya tidak pernah terikat oleh teori, gaya atau genre tertentu. Ada imaginasi yang ingin saya jadikan realiti di pentas nanti," katanya.
Album baharu beliau, EKLEKTIKO, yang kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat muzik di rantau Asia, menampilkan eksperimen muzik yang berani dan dibahagikan kepada empat babak utama iaitu Lunora, Mamiu, Cecilia dan Abadhi.
Selain seleksi lagu daripada album baharu, peminat yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur juga bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu hits daripada album terdahulu seperti Explore! (2015), Paradox, LEXICON, dan ISYANA.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual mengikut kategori iaitu CAT 1 (RM232), CAT 2 (RM176), CAT 3 (RM288), CAT 4 (RM180), manakala bagi pas VIP BOX ditawarkan pada harga RM4,800 dan PER PAX pada RM520 yang boleh dilayari menerusi laman web LOKET.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, orang ramai boleh melayari www.redrose-records.com atau akaun Instagram @isyanasarasvatistage.