Innuendo, Ruffedge, Lah Ahmad & The Fabulous Cats Bersatu di Soul City 10 Julai Ini
Peminat muzik tempatan bakal dibawa mengimbau semula era kegemilangan R&B Malaysia menerusi konsert Soul City – An R&B Night yang bakal menghimpunkan barisan nama ikonik negara di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 10 Julai depan.
Konsert berskala besar itu bakal menampilkan kombinasi mantap kumpulan vokal dan harmoni tersohor negara iaitu Innuendo, Ruffedge, Lah Ahmad (VE), serta penampilan semula The Fabulous Cats bersama Datin Alyah.
Wakil penganjur Menara Network, Syed Muhammad Ridha berkata, idea penganjuran konsert ini timbul ekoran lambakan konsert bergenre rock, pop, dan hip-hop dalam pasaran tempatan kebelakangan ini, manakala platform grand untuk artis R&B dilihat agak terhad.
Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada pengisian Menara Fest yang berlangsung selama tiga hari di venue berkapasiti 10,000 penonton itu, pihak penganjur mengambil strategi berani dengan menawarkan harga tiket mampu milik serendah RM55 hingga RM138.
"Kos penganjuran dapat dikurangkan kerana kami menggunakan sistem bunyi dan stadium yang sama sepanjang festival tiga hari ini. Formula ini membolehkan kami menurunkan harga tiket demi memastikan peminat dapat hadir menyokong, berbanding meletakkan harga mahal yang akhirnya berisiko dibatalkan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Menurut Syed Muhammad Ridha, strategi berkenaan terbukti berkesan apabila 65 peratus tiket keseluruhan telah pun terjual, malah zon VIP berharga RM138 (duduk) telah habis dilelong dalam tempoh dua hari sahaja.
Sementara itu, anggota kumpulan Ruffedge, Azan mengakui pada mulanya berasa bimbang dengan pelawaan yang diberikan dalam tempoh singkat ekoran kekangan masa untuk membuat persediaan rapi.
Bagaimanapun, kegusaran tersebut hilang selepas melihat pelan pemasaran penganjur serta sambutan luar biasa daripada peminat.
"Bila kami tengok tiket jalan laju dengan harga yang luar biasa murah, ia satu rahmat bagi kami. Kami dah lama nak berkumpul dalam acara berskala besar seperti ini kerana industri sudah lama kehilangan kelibat perkumpulan vokalis yang berharmoni serta aksi rapper di atas satu pentas," katanya.
Mengulas mengenai pengisian malam konsert, Azan berkata setiap artis dijangka mempersembahkan sekitar enam buah lagu popular masing-masing dalam acara yang dijadualkan berlangsung selama lebih dua jam itu.
"Sebagai nilai tambah buat penonton, pada segmen akhir konsert kelak, kesemua artis akan berkumpul dan naik ke pentas bersama-sama untuk berkongsi lagu serta menyanyi bersama peminat," katanya.
Selain konsert Soul City, penganjur turut memanfaatkan slot tiga hari festival tersebut dengan menganjurkan dua lagi konsert utama, iaitu konsert Istana Bintang yang melibatkan gabungan Setia Band (Charly van Houten) bersama kumpulan popular tempatan, Masdo, serta konsert 3 AURA pada hari Sabtu yang bakal menampilkan gandingan vokal lagenda Ameng Spring, Dato' Jamal Abdillah, dan Mawi.
Tiket bagi menyaksikan konsert-konsert ini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform MyTicketEmpire.