OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

'Ini Peluang Sekali Seumur Hidup' - Hael Husaini Teruja Terlibat Konsert Peterpan Julai Ini

'Ini Peluang Sekali Seumur Hidup' - Hael Husaini Teruja Terlibat Konsert Peterpan Julai Ini
← Back to News
Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Hael Husaini, menyifatkan peluang penglibatan beliau dalam konsert siri jelajah legenda Indonesia, Peterpan, sebagai satu penghargaan luar biasa dan menganggap seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. ​Hael, 38, bakal berkongsi pentas bersama empat anggota pengasas kumpulan itu menerusi Konsert “The Journey Continues - Peterpan, Semua Tentang Kita” yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Malaysia pada Julai depan. ​"Dapat bersama dengan legenda Peterpan adalah satu peluang sekali seumur hidup. Bagi saya, ia seperti mimpi jadi kenyataan" katanya ketika sesi telesidang dari Jakarta, semalam. 'Ini Peluang Sekali Seumur Hidup' - Hael Husaini Teruja Terlibat Konsert Peterpan Julai Ini ​Menurut Hael, beliau juga seperti jutaan peminat lain di rantau ini yang membesar dengan bait-bait lirik dan melodi ikonik ciptaan kumpulan rock alternatif berkenaan. ​Sidang media tersebut menyaksikan kemunculan barisan anggota pengasas asal Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza (Reza), Loekman Hakim (Loekman), Andika Naliputra Wirahardja (Andika), dan Hendra Suhendra (Indra). ​Sementara itu, salah seorang pengasas Peterpan, Andika, menjelaskan bahawa pemilihan penyanyi jemputan seperti Hael Husaini dibuat berdasarkan perbincangan bersama ahli kumpulan bagi memastikan lagu-lagu hits daripada tiga album pertama mereka dapat disampaikan dengan impak yang tersendiri. 'Ini Peluang Sekali Seumur Hidup' - Hael Husaini Teruja Terlibat Konsert Peterpan Julai Ini ​"Kita menghadirkan vokalis yang memang lintas generasi. Kita berbincang bersama untuk memilih mana yang paling tepat untuk membawakan lagu tersebut. ​"Kita mahu membawa kenangan lama (nostalgia) kembali, dan penonton yang datang nanti akan membawa pulang kenangan yang sangat berharga," ujar Andika ketika sesi telesidang dari Jakarta. ​Selain Hael, siri konsert di Malaysia turut menampilkan barisan bintang ternama Nusantara yang lain termasuk Marcello Tahitoe (Ello), Tantri Syalindri (Kotak), Rony Parulian dan Arda Hatna. 'Ini Peluang Sekali Seumur Hidup' - Hael Husaini Teruja Terlibat Konsert Peterpan Julai Ini ​Siri jelajah “The Journey Continues - Peterpan, Semua Tentang Kita” bakal membuka tirainya di The Star Theatre, Singapura pada 3 Julai 2026, sebelum menggegarkan peminat di Malaysia pada 11 Julai 2026 bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya. ​Tiket bagi konsert di Malaysia kini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform Ticket2U dan Fantopia.