OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Impian 10 Tahun Jadi Nyata, Insomniacks Dipilih Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer

Impian 10 Tahun Jadi Nyata, Insomniacks Dipilih Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer
← Back to News
Impian kumpulan pop-rock tempatan, Insomniacks, untuk berkongsi pentas dengan idola mereka akhirnya menjadi kenyataan selepas dipilih sebagai artis pembuka tirai bagi konsert kumpulan popular Australia, 5 Seconds of Summer (5SOS), yang dijadualkan berlangsung di sini, November depan. Pemilihan itu sekali gus menamatkan penantian serta penubuhan sedekad kumpulan itu yang sering menjadikan muzik 5SOS sebagai antara sumber inspirasi utama dalam perjalanan seni mereka sejak awal penubuhan. Impian 10 Tahun Jadi Nyata, Insomniacks Dipilih Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer Penganjur konsert daripada SAH Entertainment, Sufi Rashid berkata, pemilihan Insomniacks adalah berdasarkan potensi besar serta persamaan ketara dari segi identiti muzik, tenaga persembahan dan hubungan erat yang dimiliki kedua-dua kumpulan itu bersama peminat masing-masing. "Saya percaya Insomniacks mempunyai potensi untuk menjadi fenomena tersendiri. Karakter, persembahan pentas dan muzik mereka sememangnya mempunyai pengaruh daripada 5SOS. "Malah, ramai peminat Insomniacks membesar dengan muzik 5SOS. Hubungan antara kedua-duanya sangat organik dan cukup istimewa untuk peminat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Konsert 5 Seconds of Summer yang dibawakan khas oleh SAH Entertainment itu dijadualkan berlangsung selama dua malam iaitu pada 17 November dan 4 Disember 2026. Impian 10 Tahun Jadi Nyata, Insomniacks Dipilih Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer Mengulas lanjut, Sufi berkata peluang yang diberikan kepada kumpulan tempatan itu adalah satu pengiktirafan yang selayaknya atas usaha keras dan bakat yang ditunjukkan mereka sepanjang berada dalam industri. "Ia adalah impian mereka dan mereka sememangnya layak (mendapat peluang ini)," katanya yang turut berharap agar gandingan itu mampu menjadi batu loncatan buat Insomniacks memperkenalkan karya mereka ke peringkat antarabangsa. Dikenali sebagai kumpulan yang bebas daripada kontroversi dan mempunyai personaliti rendah diri, Insomniacks sebelum ini pernah memikat hati peminat menerusi video 'cover' lagu-lagu hit 5SOS seperti Amnesia dan Broken Home di awal kemunculan mereka. Sufi turut menitipkan nasihat kepada pemuzik generasi baharu agar tidak takut menjadikan artis antarabangsa sebagai inspirasi, namun dalam masa yang sama perlu mempertahankan keaslian identiti sendiri. "Originaliti itulah yang akan membezakan anda daripada orang lain. Dalam kes Insomniacks, walaupun bermula dengan lagu 'cover' 5SOS, mereka tetap berjaya membina identiti mereka tersendiri sehingga dikenali dengan gaya dan personaliti mereka hari ini," katanya.