IKLIM, SYJ Giegiel & Meditasi Gegar Teruntum Rock Festival 2026
Arena muzik rock Pantai Timur yang sekian lama menanti sebuah acara berskala besar bakal menyaksikan detik bersejarah apabila Kompleks Teruntum di sini bersedia menjadi hos kepada Teruntum Rock Festival 2026 bermula esok hingga 19 Julai ini.
Festival tiga hari itu bakal digegarkan dengan penampilan barisan pelopor rock tanah air termasuk kumpulan IKLIM, SYJ Giegiel, Meditasi, Sweet Cherita, dan Brutalator yang dijangka menarik kehadiran ribuan peminat tegar dari seluruh negara.
Dianjurkan oleh Chenta Relektro dengan kerjasama Galaxy Entertainment, Grabatus X, Dompot Global Management, dan BPBKT, festival ini bukan sekadar sebuah acara hiburan, malah membawa misi besar memperkukuhkan ekosistem muzik rock tempatan serta membuka ruang buat bakat-bakat baharu.
Jurucakap penganjur berkata, Teruntum Rock Festival 2026 diangkat sebagai platform penting untuk meraikan identiti muzik rock Malaysia selain menghubungkan semula lagenda dan pelapis industri dalam satu acara berprestij.
"Peminat bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia menerusi persembahan artis legenda, malah berpeluang menyaksikan sendiri bakat baharu yang semakin menyerlah di pentas rock tempatan.
"Kami mahu festival ini menjadi simbol penyatuan komuniti rock serta pemangkin kepada perkembangan industri muzik di Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain penampilan barisan legenda, pentas festival turut memaparkan kepelbagaian genre daripada rock klasik sehinggalah ke muzik metal menerusi persembahan lebih 10 band pelapis antaranya CO2, Barakas, Free Trade Tone, RF Band, Trilova, Pramaya, Chini Rockers, Metalfizik, Swag, dan Burst Of The Messkidd.
Selain acara konsert, festival ini turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan menarik termasuk jualan barangan eksklusif, reruai komuniti rock, pameran, serta sesi santai bersama pemuzik tempatan bagi menghidupkan suasana festival.
Penganjuran festival berskala besar ini juga dijangka memberikan impak positif kepada ekonomi domestik di Kuantan, khususnya bagi sektor pelancongan, penginapan, makanan, dan perusahaan kecil di sekitar bandar berkenaan.
Kehadiran nama-nama besar yang disokong padu oleh barisan band generasi baharu membuktikan bahawa irama rock tempatan masih terus hidup, relevan, dan ampuh dalam menyatukan peminat merentas generasi.