OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Ibarat 'Dokumentari Muzikal', Konsert 'Magnum Opus: M. Nasir' Disember Ini Singkap Rahsia Karya

Ibarat 'Dokumentari Muzikal', Konsert 'Magnum Opus: M. Nasir' Disember Ini Singkap Rahsia Karya
← Back to News
Perjalanan lima dekad insan seni berkaliber, Dato’ M. Nasir, bakal diabadikan menerusi konsert “Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5” yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 Disember depan. Penganjuran konsert berdurasi 150 minit itu bukan sekadar persembahan pentas biasa, sebaliknya membawakan konsep unik ibarat sebuah 'dokumentari muzikal' yang menyingkap cerita, falsafah serta rahsia di sebalik penghasilan karya-karya agung beliau. Menurut M. Nasir, konsert berkenaan dirangka khusus untuk menghiburkan penonton sambil menyampai mesej sejarah dan maksud tersirat di sebalik lagu-lagu ciptaannya sejak era 1979 sehingga kini. Ibarat 'Dokumentari Muzikal', Konsert 'Magnum Opus: M. Nasir' Disember Ini Singkap Rahsia Karya "Ia semacam dokumentari, tetapi sebuah persembahan konsert yang bertujuan menghiburkan dan menyampaikan mesej tentang sejarah serta maksud lagu-lagu tersebut. "Kami telah memilih beberapa lagu yang benar-benar istimewa untuk dipersembahkan, dan kali ini saya menyerahkan kepada rakan-rakan produksi yang merasakan lagu-lagu itu memberi makna khusus buat mereka," katanya. Keistimewaan utama pementasan kali ini menyaksikan gabungan vokal serta tenaga pentas M. Nasir bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pimpinan Eric Lee Yin Fah. Ibarat 'Dokumentari Muzikal', Konsert 'Magnum Opus: M. Nasir' Disember Ini Singkap Rahsia Karya Sebanyak 30 karya ikonik pilihan bakal diberi gubahan nafas baharu secara simfoni oleh pengarah muzik berpengalaman, Mohd Rafi Shafie, sekali gus memberi pengalaman muzikal yang lebih sinematik, dinamik dan emosional. Dari sudut artistik, konsert terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dengan pengarahan artistik oleh Shabromo ini menyuntik pendekatan surrealisme, simbolisme dan falsafah yang sinonim dengan karakter karya M. Nasir yang berlapis makna. Selain persembahan pentas, program sampingan turut diadakan di ruang legar Istana Budaya merangkumi pameran serta jualan karya seni kanak-kanak, di samping sesi bual bicara penerbitan buku berkaitan karya muzik maestro berkenaan. Ibarat 'Dokumentari Muzikal', Konsert 'Magnum Opus: M. Nasir' Disember Ini Singkap Rahsia Karya Konsert yang mendapat sokongan insentif Dana Kandungan Kreatif daripada MyCreative Ventures dan kerjasama Istana Budaya ini menawarkan tiket bermula daripada harga RM288 hingga RM1,588. Jualan tiket secara rasmi akan dibuka pada Jumaat, 21 Ogos ini bermula jam 3.00 petang menerusi laman sesawang www.ilassotickets.com.