Hujan XX: 17,000 Raingers, 11 Artis Undangan, Diiktiraf MBOR
Kumpulan rock indie lagenda tanah air, Hujan, melakar sejarah baharu dalam industri muzik tempatan apabila konsert ulang tahun ke-20 mereka, 'Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun', secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Konsert berskala mega anjuran Icon Entertainment (M) Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan bagi rekod "Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert", selepas berjaya menghimpunkan seramai 17,000 peminat tegar mereka yang digelar 'Raingers' di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.
Kehadiran lautan peminat itu membuktikan pengaruh Hujan yang dianggotai oleh Noh Salleh (vokalis), AG Coco (gitar), Am (dram), Izzat (bass) dan Hang Dimas (Keyboard) masih utuh dan relevan selepas dua dekad bertapak dalam industri.
Selain kebanjiran penonton, konsert berkenaan turut diserikan dengan kemunculan 11 artis undangan popular merentas generasi dan genre.
Antara yang berkongsi pentas ialah Datuk M. Nasir, Yuna, Amir Masdi, Loque, Fynn Jamal, Loca B, AkeemJahat, Ijam Restraint, Fahmi Modread, DJ UNO, dan Joe The Padangs.
Sinergi mantap antara Hujan dan barisan artis jemputan ini berjaya memberikan impak persembahan yang luar biasa dan bertenaga sepanjang acara berlangsung.
Selama lebih tiga jam tanpa henti, Hujan memukau penonton dengan mempertaruhkan lebih 45 buah lagu hits daripada himpunan album mereka.
Antara seleksi lagu yang mencetuskan 'sing-along' bergemuruh di dalam stadium termasuklah Pagi Yang Gelap, Mencari Konklusi, dan Aku Skandal.
Pengiktirafan MBOR ini bukan sahaja menjadi tanda aras baharu buat Hujan, malah mengangkat martabat muzik indie tempatan ke tahap yang lebih tinggi.