HRC Kuala Lumpur '35 Years, One Legendary Night' Satukan WINGS, Kristal dan Muzza
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (HRC KL) bakal menganjurkan konsert '35 Years, One Legendary Night' pada 9 Nov ini sempena sambutan ulang tahun ke-35 penubuhannya, menampilkan persembahan tiga nama besar muzik rock tempatan iaitu WINGS, Kristal serta Muzza & The Velvettones.
Acara yang dijadualkan bermula pada 9 malam itu bukan sahaja meraikan perjalanan premis hiburan ikonik berkenaan sejak mula beroperasi pada 1991, malah bertujuan memberi penghargaan kepada pemuzik dan peminat yang terus menyokong industri seni tempatan.
Antara sorotan utama malam bersejarah itu ialah penyerahan memorabilia vokalis utama WINGS, Datuk Awie, untuk diabadikan dalam koleksi rasmi HRC KL sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam arena muzik tanah air.
Pengurus Besar Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Ranjit Singh berkata perjalanan seni Datuk Awie turut mencerminkan evolusi dan perkembangan HRC KL sepanjang tempoh lebih tiga dekad bertapak di ibu negara.
"Tempoh 35 tahun mewakili lebih daripada sekadar masa kerana ia adalah legasi muzik, kenangan dan generasi yang membesar bersama kami.
Kami amat berbangga meraikan sejauh mana perjalanan ini telah membawa kami dan langkah yang akan diteruskan pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
Konsert berkenaan diuruskan oleh Rumah Produksi Merah Events (RPM Events), dengan WINGS tampil sebagai tarikan utama membawakan seleksi lagu popular mereka, diiringi persembahan bertenaga kumpulan Kristal yang kini dibarisi Ewal (vokal), Rody (gitar), Kechiq (bass) dan Acap (dram).
Turut memeriahkan pentas ialah pemuzik serba boleh Muzza, yang dikenali menerusi lagu "Bara Jiwa", runut bunyi asal bagi filem Blood Brothers: Bara Naga.
Pengarah Urusan RPM Events, Datuk Eddy Amir Salim menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak HRC KL dalam mengendalikan penganjuran acara itu.
"Acara ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi platform untuk meraikan legasi Hard Rock Cafe Kuala Lumpur serta ikon dan pemuzik tempatan yang telah mewarnai industri muzik selama ini," katanya.
Sempena sambutan itu, HRC KL turut melancarkan kemeja-T edisi terhad hasil kolaborasi eksklusif bersama WINGS yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 helai pada harga RM198 sehelai di Rock Shop®.
Tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM219 seorang, termasuk satu minuman ringan, dan kemasukan terhad kepada pemegang tiket berumur 18 tahun ke atas.
Pembelian boleh dibuat menerusi HRC KL dan kelab peminat Sayap-Sayap Wings.