OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Hasil Permintaan Peminat, Exists Kembali Dengan Konsert Memento Mori 2.0 November Ini

Hasil Permintaan Peminat, Exists Kembali Dengan Konsert Memento Mori 2.0 November Ini
← Back to News
Akur dengan permintaan luar biasa serta luahan peminat yang gagal mendapatkan tiket sebelum ini, kumpulan rock legenda tempatan, Exists bakal kembali menggegarkan pentas menerusi konsert Exists Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November depan. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, penganjuran edisi kedua itu dibuat selepas menyaksikan keterujaan peminat yang masih ‘belum move on’ serta berkongsi pelbagai kenangan manis di media sosial sejurus selesai edisi pertama pada 1 Ogos lalu. Jelas beliau, konsert susulan ini bukan sekadar sekuel untuk mencari keuntungan, sebaliknya menjadi platform merangkumkan perjalanan 35 tahun kugiran berkenaan yang tidak mampu diceritakan sepenuhnya dalam tempoh satu malam. Hasil Permintaan Peminat, Exists Kembali Dengan Konsert Memento Mori 2.0 November Ini "35 tahun terlalu panjang untuk dirangkumkan dalam satu malam. Memento Mori 2.0 memberi peluang buat peminat yang terlepas edisi pertama, selain menawarkan pengalaman berbeza menerusi seleksi karya hits yang lebih komprehensif," katanya di sidang media khas yang diadakan pada Jumaat lepas di Shook! Restaurant, JW Marriott Kuala Lumpur. Menyokong kenyataan itu, wakil Exists, Along menegaskan bahawa konsert edisi kedua ini wajib dipersembahkan demi melengkapkan riwayat muzik mereka bersama peminat. "35 tahun terlalu panjang untuk diceritakan dalam satu malam. Memento Mori 2.0 hadir kerana masih banyak cerita Exists yang belum selesai," ujar Along. Hasil Permintaan Peminat, Exists Kembali Dengan Konsert Memento Mori 2.0 November Ini Konsert nostalgia itu bakal menghimpunkan kesemua tujuh anggota Exists iaitu Ajai, Ujang, Along, Mamat, Shah, Musa dan Ezad. Bagi menyemarakkan lagi atmosfera retro, peminat yang hadir disaran berpenampilan penuh warna-warni, neon dan gaya color-block bertemakan era akhir 80-an serta 90-an. Jualan tiket yang berharga antara RM228 hingga RM5,000 bagi kategori khas akan mula dibuka pada Selasa, 18 Ogos ini bermula jam 3 petang menerusi platform Ticket2U.