OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Gema Ribuan Suara di Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia

Gema Ribuan Suara di Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia
← Back to News
Gelombang muzik rock Indonesia sekali lagi membuktikan dominasi di bumi Malaysia apabila konsert gergasi "Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia" melabuhkan tirainya dengan lakaran sejarah baharu dalam diari industri hiburan tanah air, malam tadi. Konsert berskala besar anjuran Icon Entertainment itu berjaya menghimpunkan lebih 10,000 peminat tegar gabungan komuniti Baladewa dan Sobat Padi yang membanjiri segenap ruang Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, sekali gus mencetuskan gema sorakan luar biasa yang jarang menyaksikan penyatuan dua legasi muzik terbesar seumpamanya. Kehadiran penonton yang majoritinya menyahut seruan penganjur dengan mengenakan kemeja-T band asli kegemaran masing-masing, memulakan keterujaan seawal jam 8.30 malam apabila kumpulan Padi Reborn muncul sebagai penampilan khas. Gema Ribuan Suara di Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia Kumpulan yang diterajui oleh Fadly selaku vokalis utama itu tidak menunggu lama untuk memukau penonton menerusi untaian lagu hit mereka seperti Sang Penghibur, Menanti Sebuah Jawaban, dan lagu wajib Sahabat Selamanya yang dinyanyikan bersama secara 'sing-along' oleh ribuan peminat. Tirai utama malam itu bagaimanapun terus memuncak apabila maestro tersohor Ahmad Dhani bersama barisan keanggotaan lengkap Dewa 19 mengambil alih pentas. Bagaimanapun, seawal persembahan Dewa19, peminat diberikan berita kurang gembira apabila penganjur menayangkan video permohonan maaf daripada pemain dram legenda Dewa 19, Tyo Nugros. Pemuzik berusia 55 tahun itu dilaporkan terkandas dan gagal keluar dari Indonesia berikutan sekatan minit-minit akhir oleh Pejabat Perkhidmatan Kekayaan Negara dan Lelong (KPKNL) Jakarta 1 di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Gema Ribuan Suara di Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia Kegagalan kehadiran Tyo Nugros bagaimanapun berjaya diselamatkan apabila anak sulung kepada pelopor Dewa 19, Ahmad Dhani, iaitu Al Ghazali, membuat kejutan naik ke pentas untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemain dram gantian bersama seorang lagi pemain dram utama, Agung Yudha. Di bawah pimpinan mastermind Ahmad Dhani, bersama petikan gitar berbisa Andra Ramadhan dan cabikan bass Yuke Sampurna, Dewa 19 berjaya mengemudikan baki konsert dengan penuh bertenaga menerusi 23 buah lagu malar segar. Gema Ribuan Suara di Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia Tiga vokalis utama mereka Ari Lasso, Ello, dan Virzha bergantian mendominasi pentas dengan vokal dinamik menerusi lagu-lagu berhantu seperti 'Roman Picisan', 'Kangen', dan 'Arjuna', sekali gus membuktikan kekuatan jenama Dewa 19. Konsert diakhiri dengan lagu keramat Separuh Nafas yang disampaikan secara bersama oleh ketiga-tiga vokalis, sekali gus mematri memori indah yang membuktikan bahasa muzik rock Nusantara tidak pernah pudar merentas zaman.