Gabungan Sal Priadi, Raim Laode Dalam Melodi Malam 3.0 di Kota Kinabalu Oktober Ini
Dua nama besar industri muzik Nusantara, Sal Priadi dan Raim Laode, bakal disatukan buat julung kalinya di atas satu pentas sempena konsert Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat di Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 Okt depan.
Konsert edisi ketiga anjuran Sembang Kari Entertainment itu dijadual berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) bermula jam 8.00 malam.
Penyanyi dan penulis lirik terkenal Indonesia, Sal Priadi menyifatkan peluang mengadakan persembahan di Negeri Di Bawah Bayu itu sebagai satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan selepas sekian lama menanti.
"Saya sentiasa mendengar betapa hangatnya sambutan peminat muzik di Sabah. Akhirnya peluang itu tiba dan saya sangat teruja untuk bertemu mereka. Saya berharap kita dapat menyanyi bersama dan berkongsi malam yang penuh emosi serta kenangan indah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Raim Laode, yang terkenal dengan lagu tular Komang, melihat penganjuran konsert berkenaan sebagai platform terbaik untuk beliau mendekati dan menghargai sokongan peminat setianya di Malaysia.
"Muzik sentiasa menjadi medium yang menyatukan hati dan perasaan. Saya berharap setiap lagu yang dipersembahkan nanti dapat mencipta memori indah bersama peminat di Kota Kinabalu. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada karya-karya saya," ujar beliau.
Dalam pada itu, Pengarah Teknikal Sembang Kari Entertainment, Alif Rafiq berkata, penganjuran siri ketiga itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membawakan bakat-bakat seni berkualiti dari rantau Nusantara ke pasaran tempatan, khususnya di Sabah.
Beliau berkata Melodi Malam 3.0 bukan sekadar sebuah konsert hiburan komersial, sebaliknya direka sebagai satu pengalaman muzik intim yang menghubungkan emosi antara artis dan penonton.
"Sabah sentiasa mempunyai komuniti pencinta muzik yang luar biasa. Melalui Melodi Malam 3.0, kami berharap dapat menghadiahkan satu malam yang penuh emosi, nostalgia dan kenangan buat semua yang hadir.
"Kami mengajak orang ramai mendapatkan tiket lebih awal kerana kami menjangkakan sambutan yang sangat menggalakkan," katanya sambil menambah tiket bagi kategori 'Pria Terhebat' ditawarkan pada harga RM229.
Tiket konsert boleh didapati menerusi platform digital di www.myticketempire.com.