Fenomena Wali Band: Teruskan Jelajah Ke Johor Bahru, 50% Tiket 'Licin' Terjual
Kumpulan muzik terkenal dari Indonesia, Wali Band, terus membuktikan pengaruh teguhnya di negara ini apabila 50 peratus tiket konsert Wali Live In JB berjaya dijual dalam tempoh dua jam selepas jualan dibuka semalam.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada 3 Oktober depan menandakan kemuncak siri jelajah mereka di Malaysia, selepas siri persembahan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Nusantara Live Entertainment bersama Infinity Love Creative Ventures, konsert tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan buat peminat tempatan yang menyokong perjalanan muzik kumpulan itu selama lebih dua dekad.
Vokalis Wali Band, Faank, berkata sambutan hangat yang diterima daripada peminat di Malaysia sentiasa memberikan pengalaman bermakna buat mereka.
"Alhamdulillah, setiap kali kami datang ke Malaysia, sambutannya sentiasa luar biasa. Kali ini terasa lebih istimewa kerana kami seperti sedang mengadakan jelajah di Malaysia.
"Apa yang membuatkan kami sentiasa rindu untuk kembali adalah semangat peminat di Malaysia. Mereka bukan sekadar datang menonton, tetapi menyanyi bersama kami dari lagu pertama hingga lagu terakhir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Faank menambah, persembahan di Johor Bahru kelak bakal menyajikan malam penuh nostalgia dengan barisan lagu-lagu popular serta beberapa kejutan khas buat penonton.
Sementara itu, wakil penganjur Infinity Love Creative Ventures, Shasha Samsudin, berkata pemilihan Johor Bahru dibuat berasaskan kedudukan strategiknya yang menghubungkan peminat dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.
"Johor Bahru berada di pintu masuk selatan Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Singapura dan berhampiran Batam, Indonesia. Kedudukan ini membolehkan peminat dari tiga negara berkumpul di satu lokasi untuk menikmati konsert bertaraf antarabangsa.
"Kami melihat konsert ini sebagai platform yang menyatukan peminat muzik Nusantara, selain dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat," katanya.
Wali Band yang dianggotai Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (dram), dan Ovie (keyboard) terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang, Yank, dan Aku Bukan Bang Toyib.
Tiket konsert Wali Live In JB ditawarkan pada harga bermula RM88 hingga RM1,188 dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web myticket.asia.