OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Fajar Noor Hiburkan 600 'FajarSoul' di Showcase ‘Sementara, Selamanya’

Fajar Noor Hiburkan 600 'FajarSoul' di Showcase ‘Sementara, Selamanya’
← Back to News
Penyanyi meningkat naik dari Indonesia, Fajar Noor, berjaya memukau lebih 600 peminat menerusi Sementara, Selamanya Showcase Bersama Fajar Noor yang berlangsung meriah di Aloft Kuala Lumpur Sentral, baru-baru ini. Showcase sulungnya di Malaysia itu menghimpunkan peminat setia yang digelar 'FajarSoul' dari seluruh negara, selain ada yang sanggup terbang dari Indonesia semata-mata untuk menyaksikan persembahan julung kali pelantun suara berkenaan secara berdepan. Fajar Noor Hiburkan 600 'FajarSoul' di Showcase ‘Sementara, Selamanya’ Menerusi persembahan penuh emosi itu, Fajar menyampaikan deretan lagu daripada album sulungnya yang mengangkat tema perjalanan cinta. Mengulas mengenai pembentukan karya tersebut, beliau mengakui proses kreatifnya menuntut kejujuran emosi yang tinggi. "Cabaran terbesar adalah untuk jujur dengan diri sendiri. Banyak lagu dalam album ini datang daripada pengalaman dan emosi yang sangat dekat dengan saya," katanya. Fajar Noor Hiburkan 600 'FajarSoul' di Showcase ‘Sementara, Selamanya’ Terharu dengan sambutan yang diterima, Fajar menitipkan ucapan penghargaan kepada semua peminat yang hadir memberi sokongan. "Aku mahu terima kasih buat teman-teman semuanya yang udah datang ke showcase Fajar pada hari Jumaat lalu untuk album pertama Fajar, 'Sementara, Selamanya'. Semoga malam itu bisa kalian kenangkan, kerana kalian buat kenangan yang paling indah untuk Fajar dan semua di Malaysia," katanya. Menurut Fajar, kenangan yang dicipta bersama peminat di Malaysia pada malam tersebut akan sentiasa terpahat sebagai antara momen paling bermakna dalam lipatan sejarah kerjaya muziknya. Fajar Noor Hiburkan 600 'FajarSoul' di Showcase ‘Sementara, Selamanya’ Acara berkenaan turut disemarakkan dengan kehadiran rakan artis tempatan seperti Khai Bahar dan Odda. Sebelum showcase berlangsung, Fajar terlebih dahulu menyapa peminat menerusi sesi busking di SOGO Kuala Lumpur dan Bukit Bintang bersama Syamel dan Khai Bahar. Album Sementara, Selamanya kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.