Faizal Tahir Satukan 10,000 'Suara Rakyat' di Unifi Arena
Mengalunkan hampir 30 buah lagu merentasi lebih dua dekad perjalanan seninya, penyanyi dan komposer versatil Faizal Tahir berjaya menyatukan kira-kira 10,000 penonton dalam konsert berskala mega, 'Konsert Faizal Tahir : Suara Rakyat' di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Konsert yang bermula bertenaga menerusi lagu pembuka "Batu & Golek" itu pantas membakar semangat peminat apabila disusuli karya ikonik penuh motivasi, "Gemuruh", yang dinyanyikan secara serentak oleh ribuan peminat di dalam arena berkenaan.
Suasana konsert bertukar gamat apabila figura legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir, membuat kemunculan mengejut untuk bergandingan bersama Faizal mendendangkan lagu "Campak Bintang".
Menzahirkan pengiktirafan tinggi terhadap bakat serta keupayaan penghibur berkenaan, M. Nasir secara berseloroh namun penuh makna menyifatkan legasi muzik tanah air berada di tangan yang tepat.
"Adanya insan bernama Faizal Tahir dalam industri seni ini, saya dah boleh berehat dah," katanya, disambut sorakan gemuruh para peminat.
Selain kemunculan legenda berkenaan, konsert anjuran Faithful Music bersama penganjur konsert Hitman Solutions itu turut menyuntik elemen nostalgia menerusi penampilan kumpulan nasyid Mirwana yang pernah menjadi titik tolak permulaan kerjaya seni Faizal.
Reunion istimewa itu menggamit memori lama penonton menerusi paduan vokal harmoni menerusi seleksi malar segar seperti "Aku Tanpa Cintamu" dan "Biar Satu Dunia Tahu".
Mengulas mengenai penganjuran konsert itu, Faizal, 48, menyifatkan 'Suara Rakyat' sebagai manifestasi kebersamaan antara dirinya dan peminat yang menyokong karya seninya sejak sekian lama.
"Suara Rakyat bukan hanya tentang saya berdiri di atas pentas dan menyanyikan lagu-lagu saya. Lagu-lagu ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai orang, dan malam ini saya dapat mendengar 10,000 suara menyanyikannya kembali bersama saya.
"Ada yang bersama saya sejak awal, ada yang baru mengenali muzik saya, tetapi malam ini kita semua berkongsi satu suara. Itu yang paling bermakna buat saya," katanya dalam satu kenyataan media.
Menerusi persembahan berdurasi lebih dua jam itu, Faizal turut mempersembahkan deretan lagu popularnya daripada pelbagai fasa kerjaya, antaranya "Coba", "Hanyut", "Karma", "Anti Gravity", "Sejati", "Santai", "Teknologia", "Kasih Tercipta", "Sampai Syurga" dan "Aku Berjanji".
Pentas kemudian bergema dengan aura patriotik dalam segmen kebangsaan menerusi lagu "Negaraku / Malaysia" yang dizahirkan bersama visual menyentuh hati sebelum Faizal kembali untuk segmen encore mempersembahkan "Mahakarya" serta melabuhkan tirai konsert secara intim melalui karya "Bila Lagi Nak Jumpa".
Konsert berkenaan merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures Group, dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertindak sebagai rakan strategik serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebagai rakan kemanusiaan.