Fabio Asher Kembali Rawat Hati Galau Peminat 22 November Ini
Selepas hanya lima bulan melunaskan kerinduan peminat tempatan, penyanyi balada popular Indonesia, Fabio Asher, bakal kembali menggegarkan ibu negara menerusi konsert Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur pada 22 Nov ini.
Penyanyi yang terkenal dengan karya-karya berunsur romantis dan meruntun jiwa itu dijadual beraksi di Megastar Arena, di sini, anjuran Cerita Project & Events Sdn Bhd dengan kerjasama rakan strategik, Jiwa Kacau.
Fabio atau nama sebenarnya Fabio Fukrer Towoliu meluahkan rasa teruja untuk kembali menemui peminat di Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap kerjaya muziknya.
"Saya punya banyak 'cinta' untuk dikongsi dan biar bertebaran di ruang Megastar Arena kelak. Terima kasih kerana sentiasa menyambut cinta dan galau serta mendakap kehadiran saya dengan penuh bahagia," katanya dalam sidang media di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Wakil Cerita Project & Events Sdn Bhd berkata, penganjuran konsert berkenaan bertujuan membawa penonton melayari perjalanan emosi penuh warna menerusi susunan lagu yang menyentuh pelbagai fasa perhubungan.
"Fabio mempunyai keistimewaan menterjemahkan perasaan peribadi menjadi lagu yang dekat di hati pendengar. Kami mahu memaknai romantika itu daripada fasa jatuh cinta, kerinduan, patah hati sehinggalah kepada proses menerima dan penyembuhan," katanya.
Penyanyi yang popular dengan trek hit seperti Bertahan Terluka, Rumah Singgah, dan Hati Lain Di Hatimu itu dijangka mempersembahkan seleksi lagu terhebatnya dalam suasana konsert yang lebih intim dan sentimental.
Jualan tiket konsert ditawarkan pada pelbagai peringkat harga bermula RM158 (Everlast), RM288 (Fabio), RM358 (Asher), dan RM388 (VIP).
Turut disediakan pakej eksklusif tempat duduk berpasangan berserta sesi ramah mesra (Meet & Greet) iaitu Super VIP B pada harga RM1,188 dan Super VIP A (RM1,288).
Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web rasmi www.ilassotickets.com bermula 4 Sept ini pada pukul 3 petang.