OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

EXO Kembali Gegar Kuala Lumpur Jun Ini, Tiket Mula Dijual 22 April Ini

EXO Kembali Gegar Kuala Lumpur Jun Ini, Tiket Mula Dijual 22 April Ini
← Back to News
Demam K-pop di Malaysia dijangka kembali memuncak apabila kumpulan ikonik global, EXO, secara rasmi mengumumkan kepulangan mereka ke tanah air menerusi siri jelajah dunia, EXO PLANET #6 – EXhOrizon. Konsert berskala besar itu dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026, jam 8 malam bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Pengumuman ini sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahun peminat setia mereka, EXO-L, memandangkan kali terakhir kumpulan itu mengadakan persembahan di sini adalah pada 2019. EXO Kembali Gegar Kuala Lumpur Jun Ini, Tiket Mula Dijual 22 April Ini Siri jelajah EXhOrizon kali ini membawa makna mendalam yang diilhamkan daripada garisan ufuk, melambangkan permulaan baharu dan masa depan tanpa had. Kehadiran mereka juga adalah bagi mempromosikan album penuh kelapan, "REVERXE", dengan rangkaian lagu hits seperti Crown serta lagu ikonik Growl dan Love Shot. Mengulas mengenai penganjuran konsert ini, jurucakap penganjur Star Planet menyifatkan ia sebagai acara yang paling dinantikan tahun ini. "Kami amat teruja dapat membawa kembali EXO ke Kuala Lumpur selepas tempoh tujuh tahun. Konsert EXhOrizon bukan sekadar persembahan muzik, malah ia adalah simbolik penyatuan semula yang penuh emosi antara EXO dan EXO-L Malaysia yang telah setia menunggu sejak 2019," katanya dalam satu kenyataan. EXO Kembali Gegar Kuala Lumpur Jun Ini, Tiket Mula Dijual 22 April Ini Pra-jualan Keahlian (EXO-L Weverse): Bermula pada 21 April 2026 (12:00 tengah hari – 6:00 petang) dan Jualan Umum: Dibuka pada 22 April 2026 bermula jam 2:00 petang menerusi platform Ticket2U.com.my Untuk maklumat lanjut mengenai kategori harga dan pelan tempat duduk, peminat boleh melayari laman web rasmi di starplanet.com.my.