OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Exists Bukti Masih Relevan Selepas 35 Tahun

Exists Bukti Masih Relevan Selepas 35 Tahun
← Back to News
Tempoh 35 tahun berada dalam industri muzik tanah air ternyata tidak melunturkan bisa kumpulan pop rock legendaris, Exists, apabila terus membuktikan keupayaan mereka untuk kekal relevan dan bertapak kukuh di hati peminat merentas generasi. Kehebatan kumpulan yang ditubuhkan sejak awal 1990-an itu terserlah menerusi penganjuran Konsert Memento Mori di Unifi Arena, Bukit Jalil di sini malam tadi, yang berjaya menyatukan kira-kira 9,000 penonton dalam sebuah persembahan berskala besar. Konsert berdurasi hampir tiga jam itu memperlihatkan gabungan mantap tujuh anggotanya Ezad Lazim, Mamat, Ajai, Ujang, Along, Musa dan Shah yang mempersembahkan 33 buah lagu hit serta seleksi lagu pilihan. Exists Bukti Masih Relevan Selepas 35 Tahun Antara rangkaian lagu malar segar yang memukau persembahan malam tadi termasuk Untukmu Ibu, Alasanmu, Masih Terserlah Ayumu, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara, dan Mengintai Dari Tirai Kamar. Selain lagu-lagu popular, Exists turut mengubati kerinduan peminat tegar dengan menyampaikan lagu-lagu 'rare' yang jarang didendangkan secara langsung seperti Kuman H.I.V, Oh Benih Adam, Konklusi dan Buih Jadi Permadani Exists Bukti Masih Relevan Selepas 35 Tahun Tidak hanya bernostalgia dengan karya lama, kumpulan itu turut membuktikan kerelevanan mereka menerusi persembahan sulung single terbaharu bertajuk Memilih Yang Salah di hadapan ribsuan penonton. Kemuncak konsert memuncak menerusi gandingan duet dua vokalis utama mereka, Mamat dan Ezad, yang mendendangkan lagu ikonik Langkah Seiringan serta Alasanmu, sekali gus menutup tirai konsert berkenaan dengan sorakan gemuruh peminat.