OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir Bakal Serikan 'Pop Meets Symphony' Bersama Aubrey Suwito

Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir Bakal Serikan 'Pop Meets Symphony' Bersama Aubrey Suwito
← Back to News
Barisan penyanyi terkenal tanah air iaitu Ernie Zakri, Syamel, dan Shiha Zikir diumumkan bakal memeriahkan konsert NSO with Aubrey Suwito “Pop Meets Symphony” di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2 dan 3 Oktober ini. Konsert berprestij yang mengangkat jasa dan sumbangan besar komposer tersohor negara, Aubrey Suwito, itu bakal menyaksikan ketiga-tiga artis berbakat besar ini mempersembahkan seleksi lagu-lagu popular ciptaan beliau diiringi orkestra National Symphony Orchestra (NSO). Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Encik Johan Cruyff @ Md Nordin berkata, pemilihan Aubrey Suwito sebagai tokoh muzik yang diketengahkan amat bertepatan dengan pelbagai pencapaian serta sumbangan cemerlang beliau dalam melakar sejarah industri muzik tempatan hingga ke peringkat antarabangsa. Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir Bakal Serikan 'Pop Meets Symphony' Bersama Aubrey Suwito "Falsafah di sebalik program ini adalah untuk mengangkat keagungan seni dan kepakaran Aubrey Suwito sebagai salah seorang tokoh komposisi muzik Malaysia terkemuka yang telah mencorak lanskap muzik pop tanah air," katanya. Sementara itu, Konduktor NSO, Encik Eric Lee berkata, penganjuran kali ini amat bermakna kerana ia menterjemahkan penghargaan mendalam terhadap jasa tokoh komposisi muzik tanah air yang telah banyak mencurahkan bakti kepada negara, selain menampilkan gandingan bersama penyanyi-penyanyi hebat. Sepanjang persembahan dua hari bermula jam 8.30 malam itu, penonton akan dihiburkan dengan sebanyak 16 buah lagu ciptaan Aubrey Suwito yang dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu Inspirasi, Ekspresi, dan Apresiasi. Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir Bakal Serikan 'Pop Meets Symphony' Bersama Aubrey Suwito Antara lagu malar segar yang bakal didendangkan termasuklah Gemilang, Seribu Impian, Memori Tercipta, Gemuruh, dan Awan Yang Terpilu. Lebih istimewa, peminat juga berpeluang menyaksikan pelancaran eksklusif sebuah lagu baharu ciptaan Aubrey Suwito yang akan dipersembahkan buat pertama kalinya secara langsung oleh Shiha Zikir di pentas Istana Budaya. Aubrey Suwito merupakan graduan Berklee College of Music dengan penghormatan Summa Cum Laude serta memegang Ijazah Sarjana Seni Kreatif (MOCA). Beliau juga merupakan penerima 26 Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah merangkul pelbagai kejuaraan berprestij termasuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Planet Muzik menerusi karya-karya agungnya. Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir Bakal Serikan 'Pop Meets Symphony' Bersama Aubrey Suwito Pihak penganjur turut menyediakan diskaun istimewa sebanyak 10 peratus bagi kategori tiket Awan Yang Terpilu khusus untuk Warga Emas, pemegang kad OKU, pelajar, dan penjawat awam. Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik rasmi iaitu Music Bliss Sdn. Bhd. dan Apa Khabar Malaysia (program bual bicara pagi terbitan BERNAMA TV) yang menjayakan aspek publisiti serta promosi. Tiket bermula RM78.00 hingga RM259.00 boleh didapati di www.cloudjoi.com.