Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli Dan Siti Nordiana Bakal Hangatkan Konsert Tonton Soundstage
Kehangatan menuju Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) mula dirasai dengan pengumuman barisan artis ternama tanah air, Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli, dan Siti Nordiana yang bakal menghidupkan pentas Konsert Tonton Soundstage pada 12 Jun ini.
Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam, konsert anjuran Tonton itu bakal membawa penonton mengimbau semula sorotan lagu-lagu ikonik yang pernah mewarnai industri muzik tempatan sepanjang empat dekad penganjuran AJL.
Setiap penyanyi yang dipilih membawa identiti muzik tersendiri serta mempunyai portfolio dan kenangan tersendiri di pentas berprestij AJL.
Menerusi persembahan istimewa itu, mereka akan membawakan pilihan lagu daripada legasi AJL dengan susunan muzik live yang lebih segar, emosional, dan penuh jiwa.
Pengalaman muzik malam tersebut akan dipersembahkan menerusi konsep seating concert (konsert dengan tempat duduk bersasar) bagi menawarkan suasana tontonan yang lebih selesa, teratur, dan eksklusif.
Pendekatan kontemporari itu selari dengan cita rasa penonton masa kini yang menghargai pengalaman konsert lebih fokus, sekali gus memberi ruang untuk menghayati kekuatan vokal dan penceritaan setiap lagu secara lebih mendalam dan peribadi.
Sebagai acara khas sempena tirai AJL40, Konsert Tonton Soundstage bukan sekadar konsert pemanas pentas, malah berfungsi sebagai platform yang menyatukan peminat muzik daripada pelbagai generasi dalam satu malam penuh nostalgia dan penghargaan terhadap karya terbaik industri.
Tiket bagi menyaksikan konsert ini kini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix pada harga RM159 bagi General Admission, RM179 (Gold Seat), dan RM229 (Premium Seat).