OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini

'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini
← Back to News
Francais animasi popular tempatan, Ejen Ali, bakal menggegarkan Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menerusi pementasan muzik orkestra berskala besar bersempena sambutan sedekad legasi animasi berkenaan. Konsert bertajuk ‘Ejen Ali In Concert’ yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Nov itu diterbitkan bersama oleh Wau Animation dan Primeworks Studios, bertujuan membawa runut bunyi ikonik daripada siri televisyen dan filem francais tersebut ke pentas persembahan secara langsung. 'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini Pementasan berprestij itu bakal dipimpin Pengarah Muzik, Azri Yunus, dengan iringan 41 pemuzik orkestra daripada KL City Opera serta barisan vokalis ternama tanah air. Sebanyak 22 susunan gubahan muzik asal akan dipersembahkan secara langsung dengan gabungan elemen animasi dan orkestrasi penuh bagi menghidupkan dunia fiksyen Cyberaya. 'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini Menurut kenyataan bersama penganjur hari ini, konsert tersebut bukan sekadar hiburan pentas biasa, sebaliknya menjadi satu manifestasi kejayaan animasi tempatan serta wadah penghargaan kepada para peminat yang setia menyokong sejak 2016. "Lebih daripada sebuah persembahan muzik, konsert ini menjadi penanda aras baharu dalam industri animasi tempatan serta satu bentuk penghargaan buat semua yang telah menyokong Ejen Ali sepanjang sedekad. "Pertemuan muzik, animasi dan orkestra ini membuka ruang buat peminat meraikan perjalanan Ejen Ali bersama-sama serta mencipta kenangan baharu," menurut kenyataan itu. 'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini Bagi memberikan pengalaman yang sesuai untuk pelbagai lapisan peminat, penganjur membahagikan konsert kepada dua sesi berbeza setiap hari iaitu sesi 'Family Fun Day' pada jam 11.00 pagi dan 'Ejen Ali In Concert' pada jam 8.00 malam. Sesi 'Family Fun Day' dirangka khusus sebagai persembahan santai dan interaktif mesra keluarga yang menampilkan lagu-lagu popular bersama maskot watak Ejen Ali dan rakan-rakannya. Tiket bagi sesi ini ditawarkan pada harga RM69 untuk individu serta RM200 bagi Pakej Keluarga yang merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. 'Ejen Ali In Concert' Bakal Gegar Plenary Hall KLCC November Ini Sementara itu, sesi malam bakal menyajikan persembahan orkestra penuh dengan penampilan penyanyi vokal asal serta artis jemputan, antaranya Hael Husaini dan Ida Rahayu, manakala barisan artis lain akan diumumkan dari semasa ke semasa. Tiket persembahan malam ini boleh didapati mengikut kategori bermula RM119 (CAT D), RM149 (CAT C), RM238 (CAT B), RM269 (CAT A), RM299 (Premium) hingga RM369 (VIP). Tiket awal (early bird) kini boleh didapati secara rasmi menerusi platform WOWTIX bermula hari ini, di mana pembeli bertuah sepanjang tempoh promosi berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif edisi terhad.