OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Dung ’95, Naked Butterfly, Mutilation, Projekt A.K Kembali Beraksi December Ini

Dung ’95, Naked Butterfly, Mutilation, Projekt A.K Kembali Beraksi December Ini
← Back to News
Penggemar muzik alternatif dan bawah tanah (underground) tempatan bakal dihidangkan dengan sebuah perhimpunan berskala besar menerusi penganjuran konsert Revenge of the Rats 2026 yang akan membuka tirai pentas pada 12 Disember depan. Anjuran bersama Livewire Event dan Lampuneon itu menampilkan empat nama besar yang pernah mencorak landskap muzik bebas negara iaitu Carburetor Dung ’95, Naked Butterfly, Mutilation dan Projekt A.K. Konsert yang dijadualkan berlangsung di Bentley Music Auditorium, Petaling Jaya itu menjadi lebih bermakna apabila menyaksikan kemunculan semula barisan asal DUNG ’95 daripada kumpulan punk rock berpengaruh, Carburetor Dung. Barisan berkenaan dianggotai Lee selaku vokalis, Joe Kidd (gitar), Fendi (bass) and Ollie (dram) yang dijadualkan kembali berkongsi pentas selepas 27 tahun tidak beraksi bersama dalam formasi tersebut. Dung ’95, Naked Butterfly, Mutilation, Projekt A.K Kembali Beraksi December Ini Penganjuran bertemakan 'Revenge of the Rats' ini turut membawa nilai sejarah yang mendalam, mengambil sempena penganjuran gig ikonik dengan nama sama yang pernah diadakan pada 30 Ogos 1993 di Life Centre, Kuala Lumpur. Ia sebuah acara pencetus gelombang yang menyatukan pelbagai aliran muzik alternatif di bawah satu bumbung pada era berkenaan. Selain Carburetor Dung ’95, konsert berkenaan turut menampilkan kumpulan rock alternatif Naked Butterfly yang dikenali menerusi album popular mereka Dreamwalk (1995), di samping wakil genre death metal Mutilation serta kumpulan berteraskan hardcore dan rapcore, Projekt A.K. Gabungan empat kumpulan daripada genre berbeza ini disifatkan sebagai lambang kepelbagaian dan ketahanan identiti gerakan underground Malaysia yang terus relevan merentas generasi. Pihak penganjur memaklumkan bahawa tiket bagi kategori berdiri bebas dijual pada harga RM150 dan boleh mula didapati menerusi platform rasmi MyTicket Empire.