Donna Marie Bawa Aura Lady Gaga ke Subang Sept Ini
Peminat muzik pop tanah air bakal disajikan pengalaman konsert bertaraf antarabangsa menerusi persembahan tribute berskala penuh, 'GAGA Live', yang menampilkan artis penghibur tribute ternama, Donna Marie.
Dianjurkan bersama oleh MyTicket Holdings dan MyMember, persembahan berkenaan dijadualkan berlangsung di EX8 Collective Concert Hall, Subang pada 25 Sept ini, sebelum diteruskan ke Indoor Arena, EduCity Sports Complex di Iskandar Puteri, Johor pada 27 Sept.
Kedua-dua konsert akan bermula pada 8.30 malam dengan pintu dewan dibuka kepada orang ramai seawal 7.00 malam.
Donna Marie, yang memiliki pengalaman lebih sedekad menjayakan persembahan di pelbagai pentas antarabangsa termasuk teater, festival dan kapal persiaran, bertekad mempersembahkan vokal langsung yang bertenaga, koreografi dinamik serta kostum dramatik yang menjadi identiti ikonik Lady Gaga.
"Saya mahu penonton di Malaysia merasai sendiri tenaga konsert sebenar Lady Gaga sebaik sahaja melangkah masuk ke venue.
"Ini bukan sekadar menyanyikan lagunya semula, sebaliknya menggabungkan elemen muzik, fesyen, tarian, teater dan jalinan emosi bersama penonton," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Donna Marie, yang pernah menerima pujian dan perhatian sendiri daripada Lady Gaga di media sosial, turut diiringi lima penari profesional antarabangsa iaitu Giuseppe Morra, Emma Tomkins, Lizzy-Lou Koster, Will Garner dan Pablo Sánchez Feltrer yang berpengalaman beraksi di pentas berprestij seperti Royal Albert Hall.
Menerusi setlist 21 lagu, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu hit merentasi pelbagai era termasuk Bad Romance, Poker Face, Just Dance, Paparazzi, Rain On Me, Shallow serta Die With A Smile, selain segmen Mayhem Medley dan lagu Edge of Glory sebagai persembahan penutup.
Sementara itu, wakil penganjur berkata pementasan 'GAGA Live' dibawakan kerana ia menawarkan produksi konsert tribute lengkap yang jarang dipentaskan secara menyeluruh di negara ini, di samping menyasarkan kelompok peminat setia penyanyi berkenaan.
Tiket persembahan ditawarkan pada harga RM289 bagi kategori Diamond, RM239 (Platinum) dan RM189 (Party Zone), manakala pas tambahan sesi Meet & Greet terhad boleh didapati pada harga RM88 menerusi platform MyTicket Asia.