OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times

Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times
← Back to News
Kehadiran 1,500 penonton yang memenuhi Odeon KL menjadi saksi kepada sebuah lipatan sejarah industri muzik indie tanah air apabila dua gergasi era 90-an dan 2000-an, OAG dan The Times, disatukan di atas satu pentas malam tadi. Konsert Disko Dansa Generasiku – OAG & The Times anjuran Rockstation & Event Entertainment itu membuktikan magis dan pengaruh kedua-dua kumpulan berkenaan masih berbisa apabila tiket persembahan dilaporkan habis terjual (sold out). Ia menghimpunkan ribuan peminat tegar yang merindukan penyatuan vokalis OAG, Muhammad Radhi Razali (Radhi) dan vokalis The Times, Naza Mohamad (Naza). Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times Persembahan dibahagikan kepada tiga segmen utama yang dimulakan oleh The Times menerusi rangkaian lagu hit mereka, antaranya Pesona Algebra, Khayal Khayalan, Infra Merah, Lalai, Wanita, dan Picagari. Momentum bertenaga itu kemudiannya diambil alih oleh Radhi bersama OAG yang meneruskan kelangsungan konsert dengan 10 buah lagu malar segar mereka, iaitu SoulLa Watt, Horrible Adorable, Knocked Silly, Spastic Youth, Beautifool, Sericandy, Ztarlazt, PerMYsuri, Generasiku, dan 60's TV. Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times Sorakan penonton bergema apabila kemuncak konsert yang dinantikan tiba pada segmen terakhir, menyaksikan OAG dan The Times bergabung di atas satu pentas yang sama. Peminat disajikan dengan momen nostalgia luar biasa apabila Naza kembali menggalas posisi asalnya sebagai pemain gitar bersama OAG menerusi lagu-lagu ikonik seperti Nowwhy2, Slumber, Konspirasi Bising, Venusia, Biru, dan Akustatik. Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times Melengkapi malam epik tersebut, Radhi turut menyanyikan lagu-lagu popular The Times secara bersama, termasuk Gadisku Dalam Koma, Singapura-Kuala Lumpur, dan Tunjuk Perasaan. Keakraban dua figura ini di atas pentas sekali gus menoktahkan desas-desus mengenai perselisihan faham yang pernah melanda mereka sebelum ini. "Kami berdua sudah bermaafan, mana ada kami gaduh. Anda semua dah bersedia untuk konsert yang akan datang? Mungkin konsert reunion (penggabungan semula) album Satelit Ink, tapi kena ada Alim lah," seloroh Radhi di hadapan 1,500 penonton. Kenyataan Radhi berhubung penglibatan bekas pemain gitar OAG, Alim, yang merupakan watak penting dalam pembikinan album epik Satelit Ink itu seakan-akan memberi bayangan terhadap perancangan masa depan kumpulan tersebut, lantas mengundang sorakan gemuruh peminat yang hadir. Disko Dansa Generasiku 'Sold Out'!, 1,500 Peminat Saksi Sejarah Penyatuan OAG dan The Times Untuk rekod, Naza mula menyertai OAG sebagai pemain gitar pada awal tahun 2000-an. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan berkenaan selepas pembikinan album Satelit Ink pada tahun 2004 bersama beberapa ahli lain iaitu Mono dan Alim. Susulan daripada pengunduran tersebut, Naza telah mengorak langkah menubuhkan kumpulannya sendiri, The Times secara rasmi pada 31 Ogos 2004, seterusnya membina identiti dan legasi muzik berteraskan British pop yang unggul dalam persada indie tempatan.