Disko Dansa Generasiku: Pertemuan OAG & The Times Oktober Ini
Dua ikon muzik alternatif tempatan, OAG dan The Times, bakal berkongsi pentas dalam konsert Disko Dansa Generasiku – OAG & The Times yang dijadualkan berlangsung di Odeon KL pada 10 Oktober depan.
Konsert anjuran Rockstation & Event Entertainment itu menandakan penyatuan dua era penting dalam sejarah muzik indie tanah air, membariskan gabungan gelombang alternative rock 1990-an dan kebangkitan adegan indie Melayu pertengahan 2000-an.
Vokalis OAG, Radhi, berkata konsert tersebut bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah platform meraikan perjalanan seni yang merentasi generasi peminat muzik tempatan.
"Konsert ini bukan sekadar tentang OAG atau The Times, tetapi mengenai perjalanan muzik alternatif Malaysia yang saling bersambung. Kami mahu penonton datang untuk menghidupkan semula memori dan meraikan muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.
OAG, yang ditubuhkan pada 1992, pernah menggegarkan industri muzik menerusi album sulung Old Automatic Garbage pada 1994 yang meraih status triple platinum serta kejayaan lagu hit Bahasa Melayu seperti Generasiku.
Sementara itu, The Times yang ditubuhkan pada 2004 oleh bekas anggota OAG, Naza dan Mono, turut mengukir nama tersendiri menerusi pengenalan genre British pop dan rock 'n' roll tempatan menerusi album sulung mereka, Soda Pop Rok 'N' Roll.
Mengulas mengenai gandingan tersebut, vokalis The Times, Naza, menyifatkan persembahan itu sebagai ruang menghubungkan peminat lama dan baharu, selain menjanjikan beberapa kejutan khusus buat penonton di Odeon KL.
"Kami sedang merancang beberapa perkara istimewa dari segi susunan persembahan dan lagu. Kami mahu menjadikan malam tersebut sebagai satu kenangan yang unik buat semua yang hadir," katanya.
Tiket bagi kategori Seated yang berharga RM189 dilaporkan telah habis terjual, manakala tiket kategori Standing pada harga RM139 masih boleh didapati menerusi laman web rasmi www.oagthetimes.com.