Disagree Live In Concert Dengan Visual 'Immersive' 270 Darjah Di REXKL
Selepas lebih sedekad menyepi dari industri hiburan, kumpulan rock alternatif tempatan, Disagree, bakal membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan menerusi 'Disagree Live In Concert' dengan menjanjikan pengalaman visual 'immersive' 270 darjah di REXKL pada 24 Oktober ini.
Pemain dram kumpulan itu, Hamka, berkata pemilihan lokasi tersebut adalah bertepatan dengan objektif mereka untuk menyajikan sebuah persembahan berkonsepkan 'projection mapping' berskala besar yang menggabungkan elemen nostalgia dan teknologi moden.
"Skrin yang kami gunakan tidak hanya tertumpu di satu tempat, malah imej akan dipancarkan hampir 270 darjah di sekitar dewan.
"Ini menjadikan persembahan itu suatu pengalaman imersif yang bukan sekadar visual biasa, kerana ia akan berinteraksi dengan penonton mengikut rentak setiap lagu yang dimainkan, bersesuaian dengan status kami sebagai kumpulan lama yang kembali dengan sesuatu yang baharu," katanya.
Konsert berdurasi satu jam setengah yang bermula pada pukul 8.30 malam itu turut melakar sejarah tersendiri apabila ia menjadi pentas pelancaran rasmi album terbaharu mereka, Black & White in Colour, yang memuatkan 21 buah lagu.
Album berkenaan akan dijual secara eksklusif kepada pengunjung konsert sebelum ia dipasarkan secara meluas.
Sementara itu, vokalis dan pemain gitar utamanya, Zahid, menjelaskan bahawa kemunculan semula Disagree di persada muzik adalah didorong oleh sokongan peminat yang tidak pernah putus biarpun kumpulan itu telah lama hilang daripada radar.
"Keputusan untuk kembali ini adalah khas buat peminat. Ada antara mereka yang mempersoalkan mengapa kami 'meninggalkan' mereka sebelum ini, jadi konsert ini adalah peluang terbaik untuk kami berhubung semula secara eksklusif.
"Pada malam itu nanti, kami akan menelusuri semula kisah perjalanan Disagree dari saat kami berusia 15 tahun sehinggalah ke tahap kami pada hari ini," jelasnya sambil memberi bayangan akan meneruskan siri jelajah ke seluruh Malaysia selepas konsert di REXKL tersebut.
Menyentuh mengenai senarai lagu, pemain bass kumpulan itu, Taa, mendedahkan bahawa mereka telah merangka sebuah persembahan yang mantap dan merangkumi pelbagai fasa evolusi muzik kumpulan berkenaan.
"Kami akan membawakan 18 buah lagu secara keseluruhan, merangkumi lima lagu daripada album Lattus, tiga lagu daripada album kedua, serta disulami dengan karya-karya terbaharu dari album Black & White in Colour," katanya.
Bagi memastikan kualiti muzik yang bertaraf antarabangsa, album terbaharu itu diterbitkan dan diadun oleh penerbit pemenang anugerah, Greg Henderson, manakala proses 'mastering' disempurnakan oleh jurutera pemenang Anugerah Grammy, Leon Zervos di Studios 301, Australia.
Tiket berharga serendah RM60 dan semua tiket adalah berdiri (free standing).
Tiket boleh didapati di https://disagree.ubertickets.asia/